Zizan Razak Bawa Amira AF2013 Pulang Ke Terengganu

Zizan Amira AF2013 Bercinta

Sepanjang berlangsungnya #AF2013, pelawak terkenal Zizan Razak sering saja mengusik Amira bahawa dia tertarik dengan gadis yang berasal dari Selatan Semenanjung ini kerana kelembutan dan kejelitaannya.

Malah, boleh dikatakan, setiap minggu, dialog Zizan dan Amira sama saja. Selain Amira, Zizan juga suka mengusik Aisyah dengan usikan yang lebih kurang sama.

Apa yang pasti, belum pun sebulan AF2013 melabuhkan tirainya, tatkala ini, Zizan dan Amira sedang bersama-sama di negeri kelahiran Zizan iaitu di Terengganu. Buat apa tu?

Menariknya, Amira dikatakan baru saja tiba di kampung Zizan walaupun masih belum puas menikmati cuti bersama keluarga di Skudai, Johor Bahru.

Walaupun  ramai menyangka Amira ke Terengganu untuk berjumpa keluarga Zizan, namun Murai Batu dapat tahu, tujuan Amira berjumpa Zizan adalah untuk bersatu dalam sebuah drama.

Dengarnya, dalam drama berkenaan, Zizan menjadi hero manakala Amira pula sebagai pelakon undangan.

Melihat dari Instagram milik Zizan, pelawak ini telah bergambar bersama dengan menggunakan status gambar shooting bersama Amira untuk Terengganu Drift sampai muntah..

Yang penting, dari gambar berkenaan, ada yang mengatakan bagaimana pula hubungan Zizan dengan Emma Maembong? Apapun, mungkin dengan gambar itu, Azhar Azhael cemburu kot.

Apa kes pun, tidak sabar nak melihat gandingan mereka selepas berakhirnya #AF2013 yang menobatkan Faizul sebagai juara.

Speak Your Mind

*