Zed Zaidi Gila Talak (Presiden Seniman) Cari Publisiti Murahan

dayangku intan vs zed zaidi

Penyanyi Dayangku Intan yang pernah menjadi calon sebuah parti politik melabelkan Zed Zaidi sebagai gila publisiti murahan apabilabekas Presiden Seniman itu menerusi laman sosial mengkritik artis yang menyokong Pas dan PKR turut dijemput pada majlis Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) pada malam Sabtu lalu.

Jelas Dayangku Intan, artis seperti Zed Zaidi sepatutnya tidak wujud dalam industri seni di negara ini kerana memiliki fikiran yang tidak waras dan minda sempit.

Tegas penyanyi popular era 80-an itu, politik dan nyanyian merupakan dua perkara berbeza dan dia ikhlas dalam melakukan kerja dalam kedua-dua bidang tersebut.

“Dalam seni, politik tidak boleh dicampur-aduk. Isu sokong parti mana-mana, itu lain cerita. Orang macam Zed Zaidi ini tidak mempunyai fikiran waras.

“Orang macam dia macam dah gila talak pasal dah tak ada jawatan dalam persatuan, sebab itu dia cari publisiti murahan,”  AIM20 pada Sabtu lalu menyaksikan Dayangku Intan tampil berduet dengan Jay Jay menerusi lagu Kita Insan Biasa pada segmen penutup.

Dayang Ku Intan merupakan calon PKR dan tewas ketika menentang Datuk Azalina Othman Said bagi kerusi Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada Mei lalu.

Artis lain yang dikatakan berpihak kepada parti pembangkang dan muncul di AIM20 adalah penyanyi Noryn Aziz sebagai penyampai anugerah dan penulis lirik Budi Hikayat yang menerima anugerah pada malam itu.

zed zaidi gila

Comments

  1. Zed Zaid…taraf SPM je pun. Surprised?

  2. It’s about time sooemne wrote about this.

  3. AFAICT you’ve covered all the bases with this answer!

Speak Your Mind

*