Video & Gambar : Sekitar Majlis Akad Nikah Zain Saidin & Rozita Che Wan

Zain Saidin & Rozita Che Wan Nikah

Seperti mana satu Malaysia sedia maklum, tarikh 11.12.2013 merupakan tarikh keramat buat pasangan kontroversi lagi sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang akhirnya sah bergelar suami isteri, dengan sekali lafaz, sekitar jam 9.03 malam tadi.

Majlis ijabkabul pasangan yang mendapat jolokan Wedding Of The Year ini berlangsung penuh meriah di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam. Astro Ria menerusi saluran 104 adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah tersebut.

Zain atau nama sebenarnya Mohd Zain Mohd Saidin, 29, telah dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor iaitu Aluwi Parman berwakilkan wali oleh adik pengantin perempuan, Roshidi Che Wan.

Che Ta, 40, menerima mas kahwin sebanyak RM9,300 (simbolik kepada tarikh lahir Che Ta) dan sebentuk cincin perkahwinan yang dianggarkan bernilai RM93,000 berserta wang hantaran sebanyak RM23,200 (simbolik tarikh lahir Zain).

Sebelum upacara pernikahan, diadakan upacara simbolik pertunangan. Ibu kepada Zain iaitu Siti Aishah Abdullah menyarungkan cincin ke jari Che Ta.

Kemudian sejurus selesai upacara ijabkabul, acara pembatalan air sembahyang diadakan. Zain menyarungkan cincin kepada Che Ta. Dan kemudian Che Ta pula menyarungkan cincin kepada suaminya.

Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar peti 9 berbalas 9 peti. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran misalnya, satu peti berisi baju lima persalinan. Tiga buah beg tangan, serta 10 botol minyak wangi. Semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih rekaan Man Kajang. Che Ta cukup menawan dengan persalinan baju kurung moden yang bernilai RM150,00 (termasuk tajaan tiara dan kasut).

BACA : Gambar Malam Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin (12 Gambar)

BACA : Selepas Berhabis RM200,000, Zain & Rozita Ke Bali Untuk Pra-Perkahwinan

BACA : Foto Sekitar Majlis Merisik Rozita Che Wan & Zain Saidin (4 Gambar)

zain by faizdickie

Seterusnya, majlis resepsi kedua mempelai akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Shah Alam, jam 8.30 malam.

Dua hari selepas majlis persandingan Che Ta dan Zain akan bercuti selama 19 hari. Mereka memilih Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk mengabadikan saat bulan madu.

Comments

  1. I’d like to thank you for the efforts you have put in writing this website.

    I am hoping to view the same high-grade content from you in the future as well.
    In truth, your creative writing abilities has inspired me to get my own blog now 😉

Speak Your Mind

*