Zahiril Adzim Teruja Isteri Hamil 5 Minggu

Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

Setelah hampir setahun diijabkabulkan, pasangan suami isteri, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob menerima khabar gembira apabila Shera kini disahkan hamil.

Berita kehamilan Shera mula dihidu apabila Shera meletakkan gambar Zahiril sedang tidur di Instragram miliknya dengan menulis, “Daddy to be. Tidur pun senyum.”

Kehamilan Shera ternyata merupakan satu anugerah terindah buat pasangan selebriti ini apatah lagi mereka bakal menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama pada 20 November ini.

“Ya, saya kini sedang mengandung lima minggu setengah. Kami dapat tahu tiga hari yang lepas dan masa dapat tahu itu, saya rasa macam tak percaya.

Pada masa yang sama juga saya rasa berdebar sebab ada benda hidup dalam perut saya,” ujar Shera yang sentiasa ditemani suami tercinta di sisi.

Menurut Zahiril pula, “Kami berdua sangat teruja tapi ini pengalaman pertama kali, jadi agak kelakar sebab kami tak tahu apa nak buat. Shera buat kejutan kepada saya apabila meletakkan keputusan ujian kehamilan itu dalam tandas dan saya terkejut bila tahu dia hamil. Kami sudah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan doktor memang mengesahkan dia mengandung.”

Walaupun berada di peringkat awal kehamilan, namun Shera mengakui sedang sibuk dengan penggambaran drama ‘Duri’ yang bakal ditayangkan pada Disember depan. Walau bagaimanapun, Zahiril memberitahu akan meminta isterinya mengurangkan aktiviti seni selepas selesai saja penggambaran drama tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Comments

  1. Nur Aliya Yahya says:

    congrat’s zahiril and shera..
    hope happy n get the cute baby soon..hehe

Speak Your Mind

*