Karier Yuna Zarai Berkembang Di USA, Berstatus Solo Untuk 3 Tahun

yuna zarai

Alhamdulillah, muzik saya diterima dengan cukup baik di sana. Saya cukup bersyukur dan rasa seronok, lebih-lebih lagi dalam kebanyakan masa selepas buat persembahan, ada penonton yang berminat untuk beli cakera padat saya.

Bercerita mengenai tempoh masa berapa lama lagi anda akan berulang-alik antara Amerika dan Malaysia, Yuna mengakui “Saya tidak tahu lagi kerana buat masa ini, saya melihat karier saya baru ingin berkembang positif di sana.”

“Jika ada jangka waktu pun, mungkin saya perlu berulang alik untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi bagi memastikan semuanya berjalan stabil.”

Walaubagaimanapun, Malaysia tetap menjadi keutamaan saya. Peminat di sini tetap di hati saya. Saya akan sentiasa balik untuk menemui mereka. Setakat ini sudah tujuh kali saya balik ke Malaysia untuk tujuan itu (berjumpa peminat).

Yuna menolak bila berbicara soal hubungan dengan bekas kekasih, Qi. Dan ini responnya.

“Saya tidak mahu komen. Saya rasa, saya akan memegang status solo untuk tempoh yang lama. Mungkin untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi dan baru boleh memikirkan soal pasangan hidup.”

Speak Your Mind

*