Yatt Hamzah Terguris Dengan Gurauan Digelar ‘Ustazah’

 

yatt hamzah bertudung

Tidak dinafikan, cabaran dunia seni sememangnya kuat dan memerlukan ketahanan diri dari pelbagai sudut. Jika sebelum ini, Yatt pernah dilabel sebagai selebriti yang terlebih alim, kini pendirian itu diduga lagi dengan sindiran daripada rakan artis yang cuba mengusiknya.

Gelaran ‘ustazah’ yang dilemparkan membuat hati wanita ini tergores walaupun hanya sekadar gurauan. “Memang saya terasa hati dengan gurauan itu.

Kenapa mereka perlu melabelkan saya sebegitu? Mungkin mereka masih tidak memahami pendirian dan perubahan ini.

Ada juga sesetengah golongan bukan muhrim yang sengaja mahu menduga saya dengan menghulurkan salam.

“Sebab itulah saya sentiasa memakai sarung tangan untuk mengelak daripada bersentuhan. Namun, apa yang pasti, saya masih Yatt yang dahulu, hanya pegangan sahaja yang berubah,” katanya yang menganggap suami adalah insan yang banyak membantu dalam menghadapi semua cabaran mendatang.

Bersyukur dikurniakan suami yang sangat menyokong perubahan dirinya, Yatt memberitahu tidak semua wanita memiliki suami seperti itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dikurniakan sebuah keluarga sakinah. Begitu juga dengan suami, dia sangat sporting dan menjadi tulang belakang saya.

“Kehidupan saya semakin tenang di samping suami dan anak. Mereka adalah kekuatan saya untuk terus bernafas.

“Jika sebelum ini, fikiran saya sentiasa terganggu kerana tuntutan kerja dan lakonan, namun kini saya mampu tidur dengan lena,” katanya mengakhiri perbualan.

 

Speak Your Mind

*