Ungku Azhar Bakal Suami Linda Onn, Nikah 27 Disember 2014

 

Ungku Azhar Bakal Suami Linda Onn

Jejaka bertuah yang menjadi pilihan deejay radio popular, Linda Onn merupakan lelaki kacak berwajah kacukan yang dikenali sebagai Ungku Azhar.

Bagaimanapun  difahamkan, lelaki yang berjaya mencuri hati Linda, 36, bukanlah di kalangan kerabat Johor yang rapat namun sekadar mempunyai hubungan bau-bau bacang. Ungku Azhar dikatakan memiliki perniagaan sendiri dan sedikit berumur daripada Linda.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan Linda atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dipercayai akan menamatkan zaman bujangnya pada 27 Disember ini dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja.

Deejay stesen radio Suria FM itu dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut di kampung halamannya di sini secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat, manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.

Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu.

ungku azhar

 

Speak Your Mind

*