Zizan Razak Akui Sudah Ada Kekasih, Nora Danish @ Emma Maembong ?

Zizan Razak

Pelawak popular, Zizan Razak mengakui hatinya kini sedang terpaut dengan seorang wanita namun dia belum bersedia untuk mendedahkan perhubungannya itu.

Ketika diajukan soalan mengenai hal itu, katanya, dia sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujang sebelum umurnya mencecah 30 tahun.

“Perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi dengan siapa itu saya belum boleh beritahu. Apa yang saya boleh katakan saya sedang mengenali hati seseorang.

“Wanita itu seorang yang dekat dengan saya tetapi saya jarang bertemu dengannya kerana faktor kerja,” katanya ketika ditemui semasa majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang dianjurkan oleh Zizan Twitter Family (ZTF).

Malah, Zizan lebih selesa untuk berseloroh bila ditanya tentang hubungannya itu dan menyifatkan mereka masih lagi dalam proses mengenal hati masing-masing.

Dalam masa yang sama, Zizan turut menolak dakwaan yang mengaitkannya dengan Nora Danish dan menganggap hubungan mereka hanya sekadar kawan sahaja.

Aktres jelita, Emma Maembong, 21, menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelawak, Zizan Razak.

Menurutnya, khabar angin itu tidak berasas sama sekali dan mengaku hatinya belum terpaut pada mana-mana lelaki lagi.

“Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asa’ari dan Kaka.

“Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja,” jelasnya.

Speak Your Mind

*