Tahniah! Rina Juara Gadis Melayu 3

rina gadis melayu

Rina, juara Gadis Melayu musim ke 3


Limau nak ucapkan tahniah kepada Norazrina Mohd Salleh atau Rina yang berjaya menjadi juara Gadis Melayu 3 peringkat akhir yang diadakan di auditorium MBSA pada malam 29 Oktober lalu.

Pada malam itu, para peserta Gadis Melayu musim ke3 membuat pelbagai persembahan yang rata-ratanya bertemakan kemanusiaan dan masalah remaja kini. Paling best apabila ada pelakon yang turut bersama mereka untuk berlakon seperti Erry Putra, Kamal Adli dan ramai lagi. Ana Rafali turut membuat persembahan pada malam itu.

Ada sedikit kelainan dalam Gadis Melayu musim ketiga ini iaitu tiada sebarang penyingkiran dibuat dalam setiap episod. Setiap episod juga ada cabaran sendiri antaranya membuat jamu, bengkung, gubahan hantaran dan macam-macam lagi.

finalis gadis melayu

5 finalis Gadis Melayu


Lima finalis yang berjaya ke peringkat akhir akan diuji dengan soalan oleh juri profesional seperti Datin Seri Normala Samsudin, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie, Ahmad Idham, Sharifah Soraya Al Attas dan ketua juri, Ezzah Aziz Fawzy.

Pada sesi soal jawab memang Limau dah nampak sebenarnya siapa yang akan menang. Sebab apabila ditanya, dia seorang je yang memang confident dan tenang menjawab dengan jawapan yang bernas.

rina gadis melayu

Rina bersama ibu dan bapa nya


Limau Ais: Rancangan Gadis Melayu ni macam tak berapa releven.

Speak Your Mind

*