Nora Danish Dapat Rumah Mewah

Nora Danish Limau Ais
Bertuah sungguh nasib pelakon cantik comel, Nora Danish yang khabarnya telah dihadiahkan dengan sebuah rumah mewah bernilai jutaan ringgit oleh seseorang.

Bukan nak jaga tepi kain sesiapa, tapi sekadar ingin tumpang gembira. Mana taknya, selepas berpisah dengan bekas suaminya, Jejai 3 tahun lalu, rezeki pelakon drama ini nampaknya melimpah ruah.

Daripada drama, ke filem, kemudian pula ditawarkan sebagai pengacara dan tidak ketinggalan juga bergelar jurucakap bagi beberapa produk kecantikan. Yang ini pula Nora Danish menjadi cover majalah Cosmopolitan untuk bulan Feb 2011.

Sebenarnya rumah mewah itu sebenarnya merupakan hadiah tidak ternilai daripada kedua bekas mertua Nora yang diberikan khas buat cucu kesayangan mereka Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.
[Read more…]