Giliran Mas Idayu di Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS)

mas idayu

Mas Idayu, ikon minggu kedua TLTBSS


Minggu kedua rancangan Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS), Mas Idayu terpilih untuk memikul tanggungjawab memberikan tunjuk ajar kepada tiga orang peserta Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS) supaya boleh menyanyikan lagu dangdut.

Tiga peserta yang dipilih menjadi peserta Ayu ialah Zira, Hadi dan Zana. Tutur Ayu lagi, ketiga-tiga peserta tersebut mempunyai gaya dan lenggok nyanyian tersendiri namun dia mengakui bakat nyanyian irama dangdut masih belum menebal dalam diri mereka.
[Read more...]

Thalia Bukan Lagi Protege Ziana Zain? Jom Siasat

Thalia mentor 4, thalia protege ziana zain

Thalia atau nama sebenar beliau, Ketty Natalia Rasul


Bermacam cerita yang kami dengar kisah Thalia, protege Ziana Zain itu. Yang pasti Thalia bukan lagi protege kepada mentor Ziana Zain. Ziana Zain sudah pon dapat pengganti Thalia untuk Mentor 4 ni. Apa cerita sebenarnya ni Thalia dan Kak Ziana?

Dengar cerita Thalia disingkirkan dari Mentor 4 kerana hal keluarga. Nak dijadikan cerita Thalia sendiri yang menarik diri dari Mentor 4 kerana keluarga tidak merestui keputusan Thalia untuk menyertai Mentor 4.

Ada juga cerita yang mengatakan bahawa Thalia menghadapi masalah dengan protege lain. Kalau cerita macam nie memang kami tak percaya, takkan kerana masalah kecil boleh sampai Thalia keluar dari Mentor.
[Read more...]

Mentor 4 Keputusan Minggu Pertama Kumpulan A

mentor 4 tv3

Kumpulan A Mentor 4

Photo courtesy: Gua
Baru sahaja selesai konsert minggu pertama Mentor 4 sebentar tadi. Persembahan mantap 3 protege dari Kumpulan A. Protege Kumpulan A Mentor 4 terdiri daripada Ila (Joe Flizzow), Nani (Azmeer) dan Shaq (Mas Idayu).

Konsert pertama kumpulan A yang berlangsung tadi tidak melibatkan penyingkiran protege memandangkan ini merupakan konsert minggu pertama. Format pemarkahan mentor 4 masih sama iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% lagi melalui juri awam.

Keputusan Konsert Minggu Pertama Kumpulan A Mentor 4

[Read more...]

Mentor 4 (TV3): Senarai Protege Mentor 4

mentor 4


Ujibakat Mentor 4 dah berakhir, namun ramai yang masih tak tahu siapakah yang berjaya menjadi protege kepada mentor pilihan masing-masing.

First, jom kita tengok siapa mentor dalam Mentor 4 kali ni. Sudah tentu penyanyi-penyanyi otai yang akan menjadi mentor dalam Mentor musim ke 4 ini
[Read more...]

Mas Idayu Kembali Dalam Mentor 4 Musim Baru 2010

Mentor 4

Barisan mentor untuk musim terbaru Mentor 4


Selepas menjuarai Mentor 3 yang lalu bersama protege nya, Black, Mas Idayu kini kembali untuk Mentor 4. Musim baru ini menampilkan beberapa lagi mentor baru seperti Azmeer, Joe Flizow, Dayang Nurfaizah dan Mus May. Lagi mengejutkan penyayi popular 90an, Ziana Zain juga turut terpilih sebagai mentor.

Ujibakat Mentor 4

Seterusnya, ujibakat Mentor akan berlangsung di Sri Pentas, TV3 dimulai dengan mentor pertama Ziana Zain pada 6 Mac, Mas Idayu (7 Mac), Mus May (13 Mac), Azmeer (14 Mac), Joe Flizzow (20 Mac) dan Dayang Nurfaizah (21 Mac). Dua destinasi di Malaysia Timur akan dilakukan secara berasingan iaitu di Promenade Hotel, Kota Kinabalu (21 Februari) dan Merdeka Palace, Sarawak (28 Februari).

Black Digosip Pula Dengan Noraniza Idris dan Sofea Jane

black

Black semasa AJL2009


Selepas kontroversi Black cium Mas Idayu semasa menjuarai Mentor musim lalu, kini Black dikaitkan pula dengan Noraniza Idris dan Sofea Jane.

Persamaan Noraniza Idris dan Sofea Jane ialah kedua-dua nya sudah berumur dan Black masih muda. Adakah kita boleh membuat anggapan Black minat wanita berumur?
[Read more...]