Sedar tidak sedar, penggambaran filem ini sudah pun masuk hari ke-9 di Malaysia dan menurut maklumat dari Red Films, filem Manisnya Cinta ini juga akan menjalani penggambaran di Turki.
Seperti dejà vu bukan? Ia mungkin kerana filem Bernard Chauly sebelum iniIstanbul, Aku Datang juga mengambil negara Turki untuk menjadi latar belakang filem yang cukup popular itu.
Terbaru pasangan romantik ini difahamkan telah terbang ke Los Angeles, dan sepanjang berada di sana Lisa telah sempat merakamkan beberapa detik indahnya bersama Yusri.
Menerusi foto-foto yang dipaparkan, nampaknya pasangan ini telah sempat berkunjung ke Universal Studios di sana. Apa-apa pun, jom layan foto Yusri dan Lisa selepas ini
Pelakon Lisa Surihani, 26, bergenang air mata dan berasa terharu selepas menerima kejutan ucapan istimewa daripada suaminya, penyanyi Yusry Abdul Halim, 40, menerusi saluran radio Era FM sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 23 Februari lalu.
Menurut Lisa, pada malam ulang tahun itu, suaminya turut mendedikasikan sebuah lagu istimewa bertajuk Selamat Hari Kita yang turut diputarkan stesen radio berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah restoran untuk makan malam.
Melihat kepada kehidupan peribadi pelakon jelita, Lisa Surihani, pasti ramai yang dapat menelah bahawa isteri kepada Yusry Abdul Halim ini cukup bahagia dengan kehidupannya ketika ini. Apa tidaknya, setiap kali terserempak di acara hiburan, wajahnya kelihatan cukup ceria dan berseri-seri.
Perkara ini turut diakui oleh Lisa. Jelasnya, selama 11 bulan bergelar seorang isteri, dia begitu gembira dan seronok menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri walaupun masih tidak dikurniakan cahaya mata dan menganggap bahawa itu semua rezeki daripada Allah S.W.T.
Pelakon jelita Lisa Surihani tidak membiarkan dirinya tertekan sepanjang tempoh latihan teater Tribute Tun Dr Siti Hasmah yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 9 hingga 19 November depan.
Lisa, 26, berkata, sebagai orang baru dalam dunia teater dia perlu bijak mengawal tekanan bagi memastikan watak yang dipegangnya dapat ditonjolkan dengan baik semasa pementasan itu nanti.

























