Linda Hashim Amalkan Solat Hajat & Taubat Sebelum Bergelar Isteri Beego

Tinggal lebih kurang saja lagi dia bakal menamatkan zaman solonya. Sebagai persiapan diri, Linda Hashim banyak melakukan solat sunat hajat dan taubat menjelang detik terindah pernikahannya dengan pelakon Beego yang dijadualkan pada 7 Jun depan.   Linda turut berdoa agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah mengikut perancangan.   Selain itu, aktres ini juga menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut.   Majlis akad nikah pasangan pelakon ini akan diadakan di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju pada 7 Jun ini selepas solat Isyak. Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang dekat sini bermula pukul 8 malam.   Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.   Beego dan Linda turut menjemput Y.A.B Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau ke majlis bersejarah itu nanti. Beego sendiri yang memberikan kad jemputan kepada Najib ketika di satu majlis di Putrajaya, sekitar dua bulan lalu.   Difahamkan penyanyi veteran Indonesia iaitu Endang S.Taurina telah mengesahkan untuk hadir pada majlis resepsi persandingan mereka selain bersedia untuk membuat persembahan menghiburkan tetamu.

Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi dia bakal menamatkan zaman solonya. Sebagai persiapan diri, Linda Hashim banyak melakukan solat sunat hajat dan taubat menjelang detik terindah pernikahannya dengan pelakon Beego yang dijadualkan pada 7 Jun depan.

Linda turut berdoa agar majlis itu nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah mengikut perancangan. Selain itu, aktres ini juga menjaga pemakanan dan mengambil vitamin tambahan bagi menjaga kesihatannya menjelang majlis tersebut. [Read more…]

Foto Pra -Perkahwinan Beego & Linda Hashim (6 Gambar)

Beego & Linda Hashim

Kurang sebulan lagi, Beego dan Linda Hashim akan mendirikan rumah tangga. Sementara pasangan pelakon ini pastinya berdebar menantikan hari bahagia itu, mereka kongsikan gambar pra perkahwinan mereka.

Melalui Facebook jurugambar rasmi, Ryaniez Moments Photography, dipaparkan tujuh keping gambar yang mengabadikan saat saat mereka sebelum bergelar suami isteri.  [Read more…]

Perkahwinan Beego & Linda Hashim : Bekas PM Orang Pertama Terima Jemputan

Beego & Linda Hashim

Pasangan kekasih Beego dan Linda Hashim yang bakal diijabkabulkan pada 6 Jun depan telah mula mengedar kad jemputan majlis istimewa mereka itu. Dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu pertama menerima kad undangan perkahwinan mereka.

Beego telah menyerahkan kad jemputan itu ketika hadir ke Majlis Ramah Mesra bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di kediaman Najib di Seri Perdana, Putrajaya, kelmarin. [Read more…]

Linda Hashim & Beego Sudah Bertunang, Nikah Pertengahan 2013

Linda Hashim & Beego

Meskipun sebelum ini timbul desas-desas yang mendakwa dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Beego pada 3 November lalu namun pelakon Linda Hashim tidak mahu mengulas apa-apa mengenai hal itu.

Walaubagaimanapun, dia akhirnya mengesahkan yang benar dirinya kini sudah menjadi tunangan kepada aktor itu. [Read more…]

Linda Hashim Enggan Dedah Tarikh Bakal Dirisik Beego

Linda Hashim limauais

Pelakon Linda Hashim mengesahkan kenyataan Beego, memang benar keluarga aktor itu akan menghantar rombongan merisik dalam masa terdekat ini. Namun buat masa sekarang, pelakon Tanda Putra ni enggan mendedahkan tarikh yang sebenar hari istimewa tersebut. [Read more…]

(Gambar) Majlis Pratonton Tudung Ekspress

tudung ekspress

Tudung Ekspress: Linda Hashim


Drama bersiri Tudung Ekspress telah pon mula ditayangkan setiap Khamis, jam 9.30 malam hanya di Astro Prima (saluran 105). Isu utama dalam drama tudung ekspress ialah bagaimana kesempurnaan dicari, dilema dalam percintaan dan isu agama serta cabaran dalam mengejar cita-cita. Majlis pratonton Tudung Ekspress dan buka puasa dihadiri media dan pelakon serta krew yang terlibat dalam Tudung Ekspress.
[Read more…]