(GAMBAR) Neelofa Agak Seksi di Pelancaran KRU TV

Neelofa

Neelofa

Fuh! Berpeluh tengok gambar Neelofa sewaktu pelancaran KRU TV ni. Kalau yang masih belum kenal, inilah dia Neelofa Mohd Noor pemenang Dewi Remaja 2010.

Neelofa merupakan ikon kepada KRU TV dan menjadi pengacara tetap program Papparazi di KRU TV. Neelofa nampaknya agak seksi di majlis pelancaran KRU TV ini. Bukan seksi dedah-dedah macam Miera Liyana tetapi seksi lain.

Neelofa memang busy sangat sebab selepas die menang Dewi Remaja 2010 tu, terus dia dapat tawaran berlakon. Mana tak nya, pengarah pon telan air liur bila tengok liuk lentuk Neelofa ni.

Neelofa baru sahaja habis mengacarakan sebuah program di Astro Ceria dan pengambaran drama di bawah arahan Erma Fatima. Sekarang Neelofa sedang menjalani pengambaran untuk filem Azura. Apa-apa pon, Neelofa lebih meminati bidang pengacaraan sebagai pilihan karier utamanya.

Dulu Neelofa pernah digosipkan dengan Shah Jaszlee namun itu semua sudah berakhir selepas Shah Jaszlee memilih Maria Farida. Sekarang ini Neelofa sedang mula kenal-kenal dengan seorang jejaka yang terlibat dalam bidang hiburan tetapi bukan selebriti. Siapa agaknya ya?

via Budiey