Datuk Siti Nurhaliza menggayakan rekaan Wanpa
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menjadi artis undangan terakhir yang menutup tirai persembahan AJL 25. Ramai yang cakap Siti pukul habis semua persembahan pada malam itu.
Di Sebalik Juara Lagu 25: Awal Ashaari
Malam tadi TV3 ada menyiarkan secara langsung rancangan Disebalik Juara Lagu 25 (AJL25) sebagai post mortem kepada Anugerah Juara Lagu (AJL25) yang mana kebanyakan dari rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan keputusan final AJL25 itu.
Lagu Tolong Ingatkan Aku oleh Ana Raffali dinobatkan sebagai juara AJL25. Dalam rancangan itu kita boleh dengar pendapat dari pelbagai pihak, baik dari ketua juri, M Nasir, wartawan, blogger hiburan, dan juga pemenang sendiri iaitu Ana Raffali.
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang pertandingan video tiru gaya artis sempena Anugerah Juara Lagu AJL25 yang memang berjaya membuatkan kami pecah perut menahan gelak dengan aksi mereka yang memang lawak.
Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan Anugerah Juara Lagu (AJL25) semalam. Tak tahu mana silap nya, ataupun mungkin terlalu ramai peminat Faizal Tahir dan Yuna yang kecewa bila artis pujaan hati mereka tidak menang dalam AJL25 malam tadi.
Kalau hendak diikutkan siapalah kita untuk menentukan pemenang Anugerah Juara Lagu AJL25 malam tadi, sedangkan sijil dalam bidang muzik pun tiada apatah lagi pengalaman dalam bidang muzik macam sifu M Nasir.
Ana Raffali, Juara AJL25
Kami tidak tahu hendak kata apa, kelu dengan keputusan Anugerah Juara Lagu AJL25. Bukan sebab kami mahu pertikaikan keputusan tersebut, tetapi kami kelu kerana terlalu ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan AJL25 malam tadi.
Apa pun ini keputusan Anugerah Juara Lagu AJL 25 malam tadi
Anugerah Juara Lagu AJL 25
Anugerah Juara Lagu AJL 25 akan berlangsung malam ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Dalam tempoh yang sudah tidak sampai 24 jam ini pastinya mereka yang bertanding sibuk dengan persiapan terakhir untuk persembahan malam itu. Pakaian, tarian, soundcheck dan macam-macam lagi termasuk gimik pada malam ini.
Kisah Ana Raffali yang kecewa dengan mereka yang menguruskan AJL25 kerana tidak membenarkan dia memegang gitar untuk gambar profil AJL 25 nya.
Ana Raffali memang terkenal dengan baju kurung atau kebaya dan gitar yang sentiasa dalam dakapan nya. Ana Raffali mahu imej nya itu dikekalkan namun dihalang.










