Syamsul Yusof Mula Dalami Ilmu Islam

Syamsul Yusof

Pengarah filem muda Syamsul Yusof mengakui sedang mendalami ajaran agama Islam sejak kebelakangan ini agar menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Yusof, 28, berkata, perubahan itu dilakukan sedikit demi sedikit dengan mendekati golongan ilmuwan Islam selain belajar mendalami agama tersebut menerusi buku.

“Sekarang ini saya mahu mendalami Islam kerana saya merasakan diri ini benar-benar cetek dalam pengetahuan agama.

“Bukan itu sahaja, saya turut berkongsi kepada peminat apa yang telah dipelajari di Facebook dan Twitter.

“Bersempena dengan tahun baru Hijrah ini, tak kiralah daripada segi peribadi dan kerja, saya ingin menjadi insan yang lebih baik dan berguna kepada masyarakat, Insya-Allah,

Tambah Syamsul dia juga percaya golongan remaja di luar sana turut mempunyai masalah yang sama di mana mereka masih tercari-cari landasan hidup menyebabkan dia mahu berkongsi mengenai Islam menerusi pelbagai medium termasuk filem.

Dia juga berhasrat untuk menghasilkan sebuah filem berbentuk keagamaan untuk golongan remaja.

Speak Your Mind

*