Al-Fatihah, Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia Selepas Lama Menderita Kanser

 

 Sidek Hussain,

Setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan sehingga menjadi kanser pada pipinya, pelakon Sidek Hussain, 63, akhirnya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 11.55 malam Ahad.

Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius pada tahap empat sehingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.

Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Sebiah Sulaiman, 61.

Sidek yang banyak berlakon dalam drama-drama televisyen tempatan sebelum ini pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh dekat sini tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana ia berisiko  tinggi.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

 

Speak Your Mind

*