Shila Amzah Menang Besar AIM19

 

Shila Amzah AIM 19

Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini malam Sabtu.

Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu.

Lebih bermakna apabila karya berkenaan adalah hasil ilham Shila sendiri daripada penulisan lirik sehingga penciptaan lagu.

“Saya amat terharu dengan kemenangan ini. Ia adalah kejayaan pertama saya di negara sendiri ” katanya selepas menerima trofi kemenangan daripada penyanyi terkenal, Datuk Hattan.

Patah Seribu turut dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Lagu Pop Terbaik menewaskan karya lain seperti Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan Terukir Di Bintang (Yuna).

 

Speak Your Mind

*