Shila Amzah Jadi Anak Angkat Mahaguru Silat Omardin Mauju

Omardin Mauju Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah telah dijadikan anak angkat oleh pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah, Mahaguru Master Tan Sri Wira Haji Omardin Mauju. Berita tersebut dimaklumkan sendiri oleh bapa Shila, ND Lala, sewaktyu ditemui pada dalam satu sidang media khas yang diadakan baru-baru ini.

Bagi pihak ND Lala sekeluarga, penyanyi terkenal era 80-an itu berkata beliau berbesar hati apabila anak sulungnya telah dijadikan anak angkat oleh seorang tokoh yang cukup dihormati ramai dan yang banyak berjasa kepada negara itu.

“Kami berbesar hati apabila mahaguru menyatakan hasratnya. Saya difahamkan beliau mula berminat menjadikan Shila anak angkatnya semenjak melihat video Shila sewaktu di pertandingan akhir Asian Wave lalu.  Dia bangga dengan pencapaian dan bakat yang ada pada Shila.

“Pengambilan Shila sebagai anak angkat kepada tokoh yang cukup dihormati ini juga sebagai penyuntik semangat dan moral yang tinggi pada anak saya ini”, kata ND Lala.

Selain itu, atas kejayaan serta populartinya yang semakin meningkat naik di tanah besar China, Shila juga telah dilantik sebagai Duta Persahabatan antara Malaysia dan China pada Januari lalu. Gadis 23 tahun antara 20 selebriti terpilih sebagai Duta program 1Malaysia For Youth (IM4U) termasuk dua bintang sukan tersohor tanah air iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David.

Dalam perkembangan lain, Shila bersama keluarganya bakal berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah selama dua minggu. Sekembalinya dari Mekah, Shila akan membuat persiapan utuk menetap di Shanghai menjelang April nanti.

Di samping Shila dijadualkan membuat konsert di Lincoln Center New York, Amerika Syarikat pada 30 Mac ini. Kemudian dia juga bakal mengadakan konsert di Las Vegas pada 6 April depan dan kemungkinan besar, di California.

Speak Your Mind

*