“Shila Amzah Tepati Pilihan Orang Tua Saya, Mereka Mahu Merisik” – Johan As’ari

 

Pelakon Johan As’ari memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah mendapat restu daripada keluarganya malah pelakon ‘Juvana’ ini mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya.

“Ibu dan ayah saya pernah bertanya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia. Ini kerana mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung. 

Orang tua saya nampak ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada diri dia. Secara jujur, Shila memang sudah menepati pilihan hati orang tua saya. Namun apa-apapun, saya anggap soal merisik itu sekadar usikan antara ibu bapa dan anak sahaja,” ujar Johan ketika mengulas mengenai hubungannya dengan  pelantun lagu, ‘Patah Seribu’ itu.

“Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini. Apa yang datang, saya akan jaga dengan elok. Saya tak letak dia sebagai calon jodoh, namun saya tak menolak dengan siapa saja jodoh yang datang kepada saya.

Lagipun, siapalah saya ini jika nak dibandingkan dengan Shila. Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia,” ujar Johan sambil memberitahu Shila memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya.

“Dalam Islam jika nak cari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, berketurunan baik, harta dan juga agama. Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut,” ujar Johan mengakhiri perbualan.

 

Comments

  1. No wonder la, dia clash ngan nabila huda kan ?… apa pun Moga sampai Jodohnya .. Amin!

  2. bullshit~dasar cakap x serupa bikin…skang ni johan dah clash dgn Lana….jgn dia mintak return dgn shila sudahh…shila tu lurus bendulll…..org baru ckp suka dia pun syok lahhh…tbh, shila layak dpt org yg lebih baik dri dak johan tu.. ==”

Speak Your Mind

*