Hubungan Johan & Lana : Sharnaaz Ahmad Suruh Shila Amzah Cari Pengganti

Shila dan Sharnaaz

Pengakuan cinta Johan As’ari dan Lana Nordin sedikit sebanyak menyebabkan penyanyi Shila Amzah terkena tempiasnya. Penyanyi itu sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Johan, tambahan pula apabila mereka sering dilihat bersama dan itu menguatkan lagi dakwaan yang mereka sedang menyulam cinta.

Sehubungan itu, kami terpanggil untuk meminta pandangan daripada bekas kekasih Shila Amzah, pelakon Sharnaaz Ahmad berhubung perkara tersebut.

Sharnaaz Ahmad ketika ditemui dengan tenang menjawab soalan yang diajukan media kepadanya berkenaan kisah yang disiarkan akhbar tempatan, Berita Harian pada Khamis.

“Mereka tiada kaitan dengan saya, usah ditanya soalan itu kepada saya. Saya sendiri pun mengetahui tentang perkara ini selepas ditanya pengurus saya.

“Kalau mahu saya jawab juga, apa yang boleh saya katakan ialah…jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Mungkin antara Johan dan Shila tiada jodoh, cari sahaja yang lain…Saya juga sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka semua,”

Sharnaaz sebelum ini pernah memberi komen mengenai hubungan Johan dan bekas kekasihnya itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang cerita yang mengaitkan kedua-dua selebriti itu lagi selepas ini.

Sebaliknya kata Sharnaaz dia lebih selesa menjawab soalan tentang kerjaya dan tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa sekarang.

Speak Your Mind

*