Sharnaaz Ahmad Risik Shila Amzah Mac 2013, Bakal Kahwin 2014

Mengakui kisah cintanya dengan penyanyi, Shila Amzah sering menjadi perhatian, Sharnaaz Ahmad mengakui ingin membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya dengan menghantar rombongan merisik tidak lama lagi.

“Insya-Allah, dalam bulan Mac, saya akan hantar rombongan merisik. Buat masa ini, saya dan Shila memang sibuk.

“Namun, kalau nak ikutkan jadual, memang tak pernah kosong. Jadi, saya perlu selitkan sedikit ruang untuk keluarga berkenalan dengan bakal isteri saya.

“Kami pernah berbincang sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada 2014, namun tarikhnya belum ditetapkan. Saya harap rombongan saya diterima keluarga Shila,”

Pelakon drama ‘Bukan Bidadari’ ini juga turut mengakui dia sememangnya mengongkong langkah Shila.

“Saya perlu tanya dan melarang apa jua perkara tidak perlu dia lakukan. Namun, saya menolak dakwaan sekiranya saya dilabel sebagai pemusnah masa depan Shila.

“Saya berbuat demikian kerana saya sayang dia dan tidak mahu dia melakukan perkara yang tidak diingini,” katanya yang kini memegang watak Benjamin dalam drama ‘Ruby’.

Speak Your Mind

*