Sharnaaz Ahmad Akui Kongkong Shila Amzah “Kerana Dia Bakal Isteri Saya”

Shila Amzah Sharnaaz Panas

Satu Malaysia (mohon tiru gaya pak jibby angkat 1 jari) sudah tahu mengenai hubungan cintanya bersama penyanyi Shila Amzah. Apatah lagi sejak kedua-duanya terbuka untuk menunjukkan kemesraan mereka pada khalayak – dari seromantik-romantiknya hinggalah hujung Disember lalu kisah hubungan mereka terpalit dengan kontroversi.

Bertemu dengan aktor berbakat ini di majlis previu dan sidang media filem Juvana, Sharnaaz Ahmad mengakui segalanya bermula dengan baik tetapi meniti ke penghujung tahun ia meninggalkan memori sedikit pahit hingga menyebabkan namanya ‘panas’. 

“Ya tahun 2012 memang ‘panas’. 2012 sepatutnya adalah tahun saya. Angka 12 tu sendiri sebenar angka kegemaran saya. Tapi nak buat macam mana kan… kita tak rancang pun semua (kontroversi) tu boleh berlaku”, katanya kepada malaysiandigest.com ketika ditemui di [email protected], Damansara, semalam.

Justeru melangkah ke tahun baru, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini berazam mahu mengelak dari sebarang hal yang boleh mencetuskan kontroversi.

“Tahun lepas ‘panas’, tahun 2013 kita kasi coolblog”, katanya berseloroh.

“Tahun ni saya comeback untuk menjadi diri saya dan nak fokus pada kerjaya. Tak nak buat hal lagi”, sambung Sharnaaz yang kini berdebar menanti dua filem lakonannya iaitu Juvana dan Sembunyi yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

Dalam pada itu tatkala diminta mengulas dakwaan dia suka mengongkong pergerakan Shila serta kenyataan buah hatinya itu yang mengatakan tahun ini beliau tidak mahu lagi bercerita hal percintaan mereka,

“Kalau dia tak nak cakap pasal cinta, saya pun sama, tak nak cakap pasal cinta. Tapi saya nak cakap pasal kahwin.

“Ya, memang saya kongkong Shila sebab dia bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan”, kata Sharnaaz sambil tersenyum dan terus meminta diri untuk beredar.

Comments

  1. shibishiba says:

    blom kawen lagi la wok. ko x bule kongkong org ikot suke ati ko. shila tu masih ade mak bapak. mak bapak die ok, ko plak yg kecah. ape da sharnaaz

    • ala.. kalau kau ada pasangan pun confirm kau kongkong.. jgn tipu la kata tak kan.. kecuali kau xpernah bercinta 🙂

  2. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee’s)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com
    drina1998.blogspot.com

  3. kongkong orang kan seronok sebab takut ada orang lain mau share/kongsi xxxx

Speak Your Mind

*