Shahz Jazle Bertunang Dengan Puteri 8 Disember Ini

 

Shahrizal Jaszle Bertunang

Aktor Shahrizal Shahrizal Jaszle atau sebelum ini dikenali dengan nama Shahz Jazle mengesahkan yang dia bakal bertunang dengan gadis pilihan hatinya Redzwani Puteri @ Puteri pada 8 Disember 2012.

Pada 15 Julai lalu, Shahz telah menghantar rombongan merisik dan majlis diadakan di rumah keluarga teman wanitanya itu, di Bukit Jelutong, Selangor. 

Shahz dan Puteri diperkenalkan oleh keluarga mereka kira-kira setahun yang lalu. Mulanya mereka hanya kawan biasa kemudian menjadi rapat sejak awal tahun ini.

Laporan ada menyebut yang tarikh perkahwinan pasangan ini masih belum diketahui.

Sebelum ini Shahz pernah menjalin hubungan dengan pelakon pengacara Shiera Ayob. Pernah digosipkan dengn pelakon seksi, Anzalna.

Kemudian Shahz dikatakan berjaya menambat hati pelakon senior yang masih bergetah, Maria Farida. Selepas itu hangat dikatakan kononnya menjalin hubungan dengan Neelofa.

Dan… bercinta sakan dengan pelakon muda, Miera Liyana. Sayang cinta mereka tidak berpanjangan.

Tahniah kepada Shahz dan Puteri, semoga hubungan kalian berpanjangan dan berbahagia selalu.

 

Speak Your Mind

*