Shahrol (Shiro) Calon Ganti Faizal Bin Ismail (FBI) Di Segmen AM Krew

Shahrol (Shiro)

Setelah ketiadaan Faizal Ismail (FBI) di stesen radio Hot.FM, salah seorang pelawak dari Kumpulan Shiro iaitu Shahrol merupakan antara calon yang terpilih bagi menggantikan FBI bagi mengendalikan segmen AM Krew bersama Fara Fauzana dan AGĀ berkuat kuasa 15 November lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Berhad, Seelan Paul berkata, buat masa ini pihaknya sedang menguji keupayaan pelawak itu selama tiga hari bermula Isnin lalu bagi menentukan kesesuaiannya mengemudi segmen AM Krew bersama Fara Fauzana dan AG.

“Shahrol mula ke udara pada Isnin lalu sehingga Rabu ini (hari ini) dan kita sedang lihat sama ada dia sesuai atau tidak untuk menggantikan tempat Faizal,” katanya.

Sebelum ini, FBI membuat kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai deejay stesen radio itu dalam tempoh 24 jam sehingga menyebabkan peminatnya tertanya-tanya tindakan itu.

Dalam perkembangan sama, Seelan berkata, selain Shahrol, pihaknya sedang mencari beberapa lagi calon sesuai untuk diuji bakat sebelum memutuskan individu yang layak menggalas tugas berkenaan.

Bagaimanapun kata Seelan, jika tiada calon sesuai, segmen AM Krew akan terus mengekalkan Fara dan AG tanpa sebarang pengganti.

Speak Your Mind

*