Serina Redzuwan Nafi Tipu Pengguna Guna Testimoni Palsu

Serina Redzuwan Penipu

Pelakon dan pengacara Serina Redzuwan menafikan tuduhan kononnya dia menggunakan gambar testimoni palsu bagi melariskan produk kesihatan yang dijualnya.

Serina, 30, yang kini berada di London memberitahu gambar yang dimaksudkan telah dimuat naik oleh ahli lain yang mewakili produk itu di laman Facebook miliknya dan dia hanya berkongsi kejayaan individu tersebut dengan para peminat.

“Saya tidak tahu menahu mengenai perkara ini kerana berada di London dan gambar yang dimaksudkan hanya di ambil menerusi Internet selepas ia dikongsi oleh ahli lain di laman Facebook saya.

“Malah gambar itu bukan saya sahaja yang kongsi di Facebook tetapi ahli-ahli lain juga,” jelasnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Tambah Serina, dia tidak pernah menokok tambah maklumat tentang gambar testimoni tersebut hanya untuk menarik pelanggan.

Menurut laporan tersebut Serina ada mengirimkan sekeping gambar melalui Facebook dan Twitter miliknya tentang seorang lelaki yang berjaya menguruskan badan selepas menggunakan produk makanan tambahan yang dijualnya.

Bagaimanapun individu tersebut telah menafikan mengambil sebarang produk menguruskan badan apatah lagi produk jualan Serina.

Serina Redzuwan Penipu

Dalam pada itu, Serina memberitahu dia terkilan apabila ada pihak cuba menjatuhkan reputasinya dengan memburukkan namanya.

Jelas Serina dia tidak pernah berniat untuk menipu sesiapa sebaliknya hanya ingin membantu mereka yang mempunyai masalah berat badan.

“Saya tidak pernah kacau hidup sesiapa dan biarlah saya cari rezeki dengan cara yang halal. Walaupun saya ni seorang artis tetapi perniagaan adalah satu bidang yang saya suka.

“Saya tidak faham mengapa ada orang yang suka memburuk-burukkan hidup orang lain,” jelasnya.

Sementara itu, Serina berkata, atas dasar minat itu juga dia bakal melancarkan produknya sendiri pada pertengahan Januari ini sebagai satu bukti kesungguhannya dalam bidang perniagaan.

Speak Your Mind

*