Senarai Peserta Bertanding untuk Maharaja Lawak

Maharaja Lawak Astro


Senarai penuh peserta Maharaja Lawak sudah pon dikeluarkan dan untuk pengetahuan mereka yang terpilih untuk Maharaja Lawak adalah finalis dari musim-musim lepas Raja Lawak.

5 peserta Maharaja Lawak bertanding secara individu manakala 7 peserta Maharaja Lawak bertanding secara berkumpulan. Yang pasti setiap peserta Maharaja Lawak adalah antara yang pelawak yang hebat kerana menjadi finalis semasa Raja Lawak dahulu.


Senarai 12 peserta individu dan berkumpulan Maharaja Lawak yang dijangka bermula April ini seperti kat bawah:

Individu:
1. Alex
2. Amir
3. Jihan
4. Nabil

Kumpulan
5. Balas
6. Jambu
7. Johan dan Zizan (Jozan)
8. Man
9. R2
10. Sepah
11. Wai
12. XN3

Siapa yang mencuri tumpuan dalam Maharaja Lawak?

Bila melihatkan komen-komen di Facebook, ramai yang sudah menjangka Johan dan Zizan (Jozan) akan menyerlah dalam Maharaja Lawak. Silap-silap Johan dan Zizan (Jozan) akan jadi juara Maharaja Lawak. Ini semua disebabkan oleh populariti mereka yang lebih tinggi berbanding peserta lain.

Johan dan Zizan (Jozan) sudah mempunyai peminat sendiri dan peminat mereka lebih ramai berbanding peserta lain. Tetapi kita tidak boleh membuat kesimpulan awal kerana ada lagi peserta yang senyap-senyap tetapi mungkin mampu bersaing dengan Johan dan Zizan (Jozan). Sebagai contoh Nabil yang nampaknya sudah mula berubah untuk menaikkan kembali nama nya.

Sepah pula jangan dipandang sebelah mata kerana mereka juga mempunyai peminat sendiri terutamanya melalui rancangan Bujang Sepah Lalalitamplom di ASTRO yang mendapat sambutan baik dari penonton. Amir pon pernah berlakon dalam filem. Alex mempunyai karekter sendiri yang apabila digilap boleh menyinar lagi.

Man, kumpulan Balas dan R2 nampaknya belum sempat berehat pon akan bertanding untuk Maharaja Lawak. Yang pasti kemungkinan besar momentum persembahan mereka akan berterusan dan peminat mereka juga ramai, boleh jadi.

Jihan satu-satunya peserta perempuan mungkin ada sedikit advantage, tetapi perlu berusaha supaya mampu bersaing dengan yang lain. Kami dengar peminat Jihan pon ramai sebab Jihan banyak buat persembahan.

Jambu, Wai dan XN3 mungkin akan lebih menonjol supaya mereka mampu untuk menarik perhatian penonton supaya mengundi mereka.

Ikuti perkembangan Maharaja Lawak di Facebook dan Twitter @MaharajaLawak

Gambar Peserta Maharaja Lawak 2011

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Maharaja Lawak Astro

Comments

  1. vote for jozan…

  2. GILA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!SEMUA YG I MINAT TAU,MCM NE NI???TP ALEX N AMIR TAK DLM BOOK LE…KENA UBAH LE..X BERAPE NAK SKE LA…. I’AM SORRY…

Speak Your Mind

*