Scha Al-Yahya Belum Fikir Soal Miliki Anak Walaupun Dah Setahun Berkahwin

Awal Ashaari Scha al-Yahya

Di kala teman selebriti yang lain rancak menimang cahayamata sehingga ada yang hamil berturut turut pasti ada peminat yang tertanyakan bila pasangan romantis ini ingin memiliki anak sendiri.

Scha al-Yahya yang ditemui baru baru ini berkata yang beliau memang telah bersedia untuk bergelar ibu tetapi buat masa sekarang beliau dan suami belum berfikir lagi soal anak.

“Buat masa ini, kami masih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Jadinya tidak pernah terlintas persoalan di fikiran kami mengenai anak”

“Saya tidak risau kerana ia baru tahun pertama & ia peratusan normal jika masih belum punyai zuriat. Pun begitu, saya tidak menolak sekiranya ada rezeki,” jelas hos bersama Muzik Muzik musim ke 28 ini.

Perkahwinan Scha al-Yahya & Awal Ashaari genap setahun pada 4 Mei lalu namun menurut pasangan ini mereka tidak amalkan menyambut tarikh sebegini kerana tidak mahu menjadi rutin.

“Saya lebih selesa sederhana dan tidak meletakkan waktu-waktu tertentu untuk meraikan bersama suami. Jika ada rezeki lebih, Awal akan bagi hadiah dan begitu juga dengan saya,” tambah Scha -rotikaya-

Comments

  1. er3rA BAGUS LA TU SEDIH JE NAMPAKK

Speak Your Mind

*