“Saya Bukan Bodoh, Tak Pernah Terima Lamaran Johan As’ari” – Lana Nordin

johan lana

Tidak habis-habis lagi isu berkenaan Lana Nordin dan Johan As’asri. Kali ini pelakon wanita itu menegaskan dia bukan seorang wanita bodoh yang senang dipermainkan oleh lelaki dalam soal cinta.

“Saya tidak pernah berasa seperti wanita bodoh dengan apa yang telah berlaku di antara saya dengan Johan kerana saya sebenarnya bijak dalam menghadapi situasi seperti ini.

“Jujurnya saya tenang tambahan pula usia saya pun telah menjangkau 34 tahun dan banyak pengalaman tentang cinta sudah saya tempuh. Saya dah tahu apa patut dilakukan untuk mempertahankan diri sendiri,”

Sementara itu, mengulas mengenai komen ahli keluarga Johan yang tidak menghalang mereka bercinta, Lana berkata, dia tidak mahu mengulas perkara itu kerana merasakan pada tahap ini campur tangan keluarga tidak sepatutnya berlaku.

Jelas Lana, sebagai lelaki dewasa, Johan sepatutnya lebih matang dan mampu menguruskan hal peribadinya tanpa campur tangan pihak keluarga.

“Jika anda perhatikan tiada seorang ahli keluarga saya tampil untuk campur tangan atau melatah mengenai isu ini kerana ia tidak penting pada mereka tetapi berlainan pula dengan Johan yang seolah-olah ‘menghantar’ ahli keluarga untuk menyelesaikan masalah.

“Lelaki dengan sikap itu bukan yang saya cari kerana hendak membuat keputusan juga tidak mampu apatah lagi untuk membimbing saya pada masa hadapan. Kejadian yang berlaku ini ada hikmahnya tersendiri,” ujarnya.

“Tak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, dengan perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama. Saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pembimbing yang baik untuk saya. Tapi sebaliknya berlaku. Cuma saya dan Allah SWT sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan As’ari.”

“Kadang-kadang saya rasa hairan, macam mana orang seperti ini menggunakan agama sebagai perisai untuk dia dilihat suci. Saya memang nampak macam wanita yang urban dan sosial tapi demi Allah, saya rasa saya lebih suci daripada dia.”

“Iyalah, selama ini saya beri dia peluang. Lagipun boleh tengok di mana-mana media, pernah tak saya cakap saya terima lamaran dia? Tak adakan. Saya cuma cakap kalau ada jodoh, adalah. Pada saya, lebih baik hal ini terjadi sekarang. Buat apa nak hidup dengan lelaki yang menyerah sebelum kalah. Sekarang ini siapa yang diamkan diri? Ramai wartawan cari dia tapi di mana dia? Kenapa senyap?

Comments

  1. mayadellarossa says:

    memang ada lelaki melayu mcm Johan ni. ckp mcm hero tamil tapi haram..bab2 mengayat first class tapi nan hado..pantang kenal dgn perempuan mula sangkot..ntah apa yg dia pilieh pon kita tk tau. Tapi memang ada.. Johan bukan seorang jer lelaki mcm ni tp sebab dia selebreti .. kena pulak dgn selebreti.. Pandai Lana buat statement..

  2. cinta artis2 ni mengarut lah….publisiti murahan tol…

Speak Your Mind

*