Video & Gambar : Save The Date Rozita Che Wan & Zain Saidin 11.12.13

Save The Date Rozita Che Wan & Zain Saidin

Akhirnya. Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular, Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan (Che Tah), 40, mengumumkan tarikh pernikahan mereka akan diadakan pada 11 Disember 2013.

“Allhamdulillah, akhirnya kami bakal disatukan”, kata Che Tah sambil diperhatikan bakal suaminya, Zain, pada sidang media khas pengumuman tarikh hari bahagia mereka, bertempat di City Convention Centre, Setia Alam, sebentar tadi.

Majlis ijabkabul akan berlangsung di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam selepas solat maghrib sekitar jam 7.30 malam. Seterusnya, majlis resepsi kedua mempelai akan diadakan pada 13 Disember 2013 di Grand Ballroom, Setia City Convention Centre, Shah Alam, jam 8.30 malam.

Pada majlis pernikahan nanti, Che Tah bakal menerima wang hantaran sebanyak RM23,200, simbolik kepada tarikh lahir Zain. Manakala mas kahwin bernilai RM9,300 iaitu sempena tarikh lahir Che Ta sendiri beserta sebentuk cincin perkahwinan yang dianggarkan bernilai RM93,000.

Sehari sebelum itu, majlis berinai akan diadakan di Indah Mahligai Shah Alam pada 10 Disember 2013.¬†Bersesuaian dengan jolokan ‘Wedding of the Year’, perkahwinan pasangan ini bukan saja didakwa mendapat tajaan bernilai RM1.8 juta (setakat ini), sebaliknya, pada ketiga-tiga majlis iaitu berinai, nikah dan bersanding, Che Ta sangat bertuah apabila bakal disaluti barang kemas tajaan Habib Jewels yang bernilai RM10 juta.

Dua hari selepas majlis persandingan Che Ta dan Zain akan bercuti selama 19 hari. Mereka memilih Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk mengabadikan saat bulan madu.

Comments

  1. Verry shortly this site will be famous aamid all blogging users, due to it’s plleasant posts

  2. great submit, very informative. I ponder why the opposite experts of this sector do not notice this.
    You must continue your writing. I’m sure, you’ve a huge readers’ base already!

  3. Vous obtiendrez egalement de nombreux nouveaux films qui sont disponibles pour la visualisation, qui sont libres
    de cout avec tout simplement pas la participation des redevances.
    C’est la qualite de video auto tout est en divx, et non en flash.

  4. Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that it is truly informative.
    I’m gonna watch out for brussels. I will be
    grateful if you continue this in future. Numerous people
    will be benefited from your writing. Cheers!

Speak Your Mind

*