Rozita Che Wan & Zain Saidin Belanja RM200,000 Untuk Persiapan Kahwin

Rozita & Zain

Bercakap kepada Berita Harian, Rozita Che Wan mendedahkan yang mereka telah membelanjakan RM200,000 untuk barang hantaran sahaja & jumlah barang yang di’beli untuk mereka berdua masing masing bernilai RM100,000.

Pelakon ini juga di’fahamkan telah membayar jurugambar, Annas Eskay sebanyak RM20,000 untuk sesi fotografi pra perkahwinan sahaja dan kami kira akan ada bayaran lain untuk gambar majlis pernikahan, resepsi sebelah perempuan & lelaki dan Tuhan sahaja tahu apa majlis lagi.

Selain itu, Rozita Che Wan sendiri sudah terbang dua kali ke kota London untuk mencari barang hantaran perkahwinan dan pasangan ini turut memperuntukkan RM100 kos jamuan untuk setiap seorang tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan. Kami datang, for sure.

Rozita Che Wan turut memberitahu yang tujuan beliau mengirimkan gambar ketika di London dan Paris hanyalah sekadar berkongsi kegembiraan dan bukannya untuk menunjuk atau riak.

“Niat saya sekdar berkongsi kenangan saja di laman Instagram. Tak ada niat nak menunjuk nunjuk apatah lagi nak bersikap riak. Tetapi saya sudah biasa dengan sesetengah manusia termasuklah pengikut di laman Instagram yang berfikiran sempit atau sebaliknya,” ujarnya.

-ROTIKAYA-

Trackbacks

  1. […] BACA : Rozita Che Wan & Zain Saidin Belanja RM200,000 Untuk Persiapan Kahwin […]

Speak Your Mind

*