Rozita Che Wan & Zain Saidin Dijangka Nikah Disember Ini (10 Gambar)

 

Rozita Che Wan & Zain Saidin

Bukan rahsia lagi kisah cinta pelakon jelita Rozita Che Wan, 40, dengan pelakon kacak Zain Saidin, 29, yang mendapat liputan meluas di laman blog, akhbar mahupun majalah tempatan ketika ini.

Malah pasangan yang hangat bercinta ini khabarnya sudah sepakat bakal mengakhiri kisah cinta mereka ke jinjang pelamin, tidak lama lagi. 

Menurut laporan media sebelum ini, pasangan kekasih ini bakal membuat pengumuman tarikh nikah dan lokasi hari bersejarah mereka itu selepas Aidilfitri nanti.

Bagaimanapun, seorang rakan karib khabarnya sudah membocorkan bulan pernikahan Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta itu lebih awal ke telinga SS ketika SS bertemu dengannya dalam satu majlis baru-baru.

Majlis pernikahan Che Ta dan Zain dijangka berlangsung pada Disember nanti malah lokasi yang menjadi pilihan pasangan bakal raja sehari ini ialah Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Jelas perbezaan usia 13 tahun juga bukan­pengha­lang pa­sangan kekasih ini menemui kebahagiaan yang ­diimpikan selama ini.

Pada ruangan ini, kami juga berharap semoga Che Ta dan Zain tidak lupa untuk melayangkan kad undangan majlis pernikahan mereka itu ke meja kami secepat mungkin.

 

Speak Your Mind

*