Anak Cemburu Tengok Rita Rudaini Bermesra Dengan Lelaki Lain

Rita Rudaini

Tidak mengapa kalau tiada suami di sisinya. Namun dramatis popular Rita Rudaini memberitahu dia tidak boleh hidup tanpa kedua-dua putera kesayangan, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Kerana itu walaupun mempunyai pembantu rumah, tetapi Rita sering membawa Rayyan dan Arjuna ke lokasi penggambaran. Meskipun dalam keadaan bekerja, sebolehnya biar anak-anaknya itu sentiasa ada di depan mata.

Tetapi sejak kebelakangan ini aktres itu lebih senang meninggalkan dua permata hatinya itu di rumah dan dijaga oleh ibunya. Kata pelakon drama Sehangat Asmara ini, dia tidak lagi membawa Rayyan dan Arjuna ke lokasi penggambaran kerana anak-anaknya itu sudah pandai cemburu.

“Dulu kalau shooting saya selalu juga bawa mereka ke set. Tapi sekarang saya dah tak bawa mereka sebab mereka kuat cemburu. Pembantu saya baru berhenti. Tapi saya tinggalkan mereka di rumah dan dijaga oleh ibu saya.

“Lebih-lebih lagi yang si abang, Rayyan. Dia tak boleh tengok mummy (Rita) dia duduk dengan orang lain. Dengan siapa-siapa pun lah. Kalau dia nampak mummy dia bercakap atau duduk dengan orang, dia mula lah merajuk, meragam dan tak nak bercakap dengan saya. Jadi biarlah mereka duduk di rumah”, kata Rita Rudaini

Sungguhpun krisis rumah tangganya bersama pemain bola sepak Kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak masih belum berkesudahan. nNamun hal itu tidak menjejaskan rutin hariannya yang bekerja sambil menjalankan kewajipan sebagai seorang ibu.

“Allhamdulillah saya bahagia walaupun belum solo lagi”, selorohnya.

“Kes mahkamah masih tak selesai lagi. Tapi saya tak fikir sangat hal itu sebab lebih baik saya fokus pada anak. Kalau ikutkan hati memang rasa marah sebab dah berlarutan lama. Tapi bila saya fikir kembali, jodoh itu bukan di tangan sesiapa hanya di tangan Allah. Kalau jodoh saya dengan dia (Aidil Zafuan) kuat, saya redha”, katanya yang akan naik semula ke mahkamah pada 17 Julai ini.

Tambah Rita lagi sejak berlaku konflik antara mereka suami isteri, Rita tidak pernah menghalang Aidil dari berjumpa anak-anak. Namun demikian Rita sedikit kesal dengan sikap Aidil yang selalu berjanji kepada Rayyan dan Arjuna mahu meluangkan masa mereka tetapi Aidil memungkiri janji di saat-saat akhir.

.

“Orang mungkin nampak macam saya yang tak bagi dia jumpa anak-anak. Saya bagi. Bila dia dah janji nak jumpa anak-anak, saya akan bagi tahu Rayyan dan Arjuna yang daddy mereka nak datang. Tapi sebenarnya bila sampai masa, dia cakap dia ada hal lain.

“Apa yang lebih penting selain dari anak-anak? Saya jadi marah bila dia buat macam tu. Bagi saya dia tak serius. Saya perlu jaga hati anak-anak saya. Saya tak mahu nanti anak-anak cakap saya bohong mereka. Saya sedih bila dia buat macam tu pada anak-anak saya”, katanya.

Speak Your Mind

*