Rentetan Kontroversi Zarina Anjoulie Yang Tak Pernah Kenal Erti Serik

Zarina Anjoulie Bertudung

Sebagai insan biasa, kita semua tidak terlepas dari membuat kesilapan. Tetapi jika kemaafan dan peluang kedua yang diberikan itu tidak dihargai, apa langkah seterusnya?

Rata-rata mengenali pelakon bernama Zarina Anjoulie serta kontroversi-kontroversinya. Bermula dengan gambar panasnya, pergaduhan dengan rakan-rakan artis di Twitter dan penglibatannya dengan dadah, senarai kontroversi yang melibatkan dirinya cukup panjang.

November 2007

– Beberapa kepingan gambar Zarina bersosial mula tersebar tatkala namanya semakin naik melalui drama ‘Anak Pontianak’, arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba, di mana Zarina memegang watak utama di samping Maya Karin.

Ketika itu, sudah terdengar tuduhan mengatakan Zarina telah membesarkan buah dadanya dan menagih dadah.

.

Januari 2008

– Foto lucah Zarina dan seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya tersebar di Internet.

Februari 2011

– Mengaku mengambil dadah jenis ketamin dan syabu apabila ditahan di LCCT sempena dengan Ops Perayaan Tahun Baru Cina.

– Melalui akaun Twitternya, menuduh penyanyi Aliff Aziz menipu.

April 2012

– Tersebarnya gambar dia di cium mesra seorang lelaki. Zarina memberitahu akhbar Harian Metro, lelaki itu adalah abang tirinya dan foto tersebut di ambil tahun lalu. Lebih menggemparkan, di dalam temubual yang sama, dia mengaku “menjalin hubungan dengan suami orang namun perkahwinan itu terpaksa ditunda atas alasan peribadi”.

– Bergaduh dengan Faezah Elai di Twitter. Menurut penjelasan Zarina di Facebook, Faezah kononnya “bengang ngan I sebab ada one guy yg dia nk tak dapat then that guy suka I pasal tu dia benci I then tarik muka n kutuk I kat semua org.”

– Melancarkan ‘perang’ terhadap Lufya kerana sekali lagi mengeluarkan kenyataan menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak yang tersalah cam Lufya sebagai dirinya.

September 2012

– Bergaduh dengan Awal Ashaari di Twitter, gara-gara sesuatu yang dikatakan Awal ketika mengacara program Fuhh!

Oktober 2012

– Tampil di majalah FHM Indonesia edisi Oktober dengan gaya separa bogel.

Terbaru, pada 30 Disember lalu, Zarina telah ditahan bersama rakan lelakinya atas tuduhan memiliki dua bili pil dadah disyaki Eramin 5 seberat 0.6g. Jika didapati bersalah, Zarina mungkin dipenjarakan selama lima tahun (hukuman maksimum) atau didenda RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Apapun keputusan mahkamah, diharapkan di tahun baru ini Zarina dapat meninggalkan bayangan kontroversi lalu, sebaliknya fokus pada kerja-kerja lakonan dan bisnesnya, sekaligus merubah persepsi negatif masyarakat terhadap dirinya.

Comments

  1. eka_zainal says:

    zarina.awak tu Melayu,orang Islam,artist plak tue,sptutnya awk jgn tnjukkan bnda yg tak baik di dpan msyrakat,ye smue org tak smpurna,ad baik dan buruk,tp awk tu di dunia artist,stkat pkai seksi,ad yg bleh menerima,tp smpai thap kntoi dgn dadah,huh mmg awk ni penagih dadah,dadah msuh negara!

  2. janganlah menilai orang dengan ape keburukan yang ade di hadapan kite… tapi pandanglah seseorang itu sebagai positif..mungkin sikap dan adap die di dunia relity mcm itu tapi kite sebagai manusia jaganlah suke menunding jari sahaja..pandanglah diri sendiri sebelum kite membuat sebarang persoalan…mungkin die akan berubah tapi kite sebagai hamba allah bagilah peluang untuk die berubah… 🙂

  3. sekali wat silap mungkin la orang tak kisah..da banyak kali jadi Ratu Kontroversi da ni…dia kan artis serba boleh…semua boleh

Speak Your Mind

*