Radhi (OAG) & Ayu Zahiri Rancang Kahwin Tahun Depan

Radhi (OAG) & Ayu Zahiri

Setelah empat tahun menjalinkan hubungan cinta, kekasih kepada penyanyi Radhi (OAG) iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri (Ayu) mengesahkan bakal menamatkan zaman solo dengan pemuda itu pada tahun hadapan.

Jelas Ayu, 19, keputusan tersebut dibuat kerana merasakan hubungan cinta yang mereka sudah masuk pada fasa yang matang.

Ayu berkata, keluarga kedua-dua pihak sudah mengenali antara satu sama lain dan tidak membantah keputusan itu.

Malah gadis itu juga berasa bertuah kerana Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 36, sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, walaupun bukan mudah berkawan dengan individu seperti Radhi tetapi dia bersyukur kerana Tuhan memberi kekuatan untuk menempuh cabaran berkasih dengan insan yang terlibat dengan dadah.

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” ujarnya yang merupakan seorang model sambilan.

Jelas gadis cantik manis itu, dia juga tidak malu apabila dihina kerana mencintai bekas penagih dadah kerana cintanya kepada duda tersebut disemai dengan penuh rasa kasih dan sayang.

Pasangan itu mula bertemu sewaktu Radhi membuat persembahan di pusat beli belalah The Curve, Damansara ketika dia berusia 15 tahun. Selepas pertemuan itu mereka menjadi akrab sehinggalah kedua-duanya memutuskan untuk menjadi pasangan kekasih.

Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia lapan tahun.

Speak Your Mind

*