PSY – Gangnam Style Kini Video Paling Popular Di YouTube

 

Gangnam Style

Video muzik Gangnam Style boleh dikatakan salah satu fenomena, dengan pelbagai jenis video parodi yang dirakamkan, serta lagunya yang diubah kepada aplikasi mudah-alih, mahupun kepada permainan video.

Dan melalui data terkini yang dikeluarkan oleh Google, kini secara rasminya, video Gangnam Style oleh PSY telah pun melangkaui angka tontonan video muzik Baby daripada Justin Bieber, sekaligus menjadi video paling banyak ditonton di YouTube buat masa ini.

Mengikut angka terkini yang dilihat, ia telah mencapai 805 juta kali tontonan.

Dikatakan setiap hari, ia masih kekal ditonton antara 7 hingga 10 juta kali, dan boleh dikatakan salah satu video yang meningkat tontonannya dengan drastik sejak dimuat-naik pada bulan Ogos yang lepas.

Sebelum ini, video muzik dari Justin Gaybier iaitu Baby menduduki carta No.1 paling tinggi hit di YouTube

sumber : amanz.my

 

Speak Your Mind

*