Unsur Pornografi Dalam Filem ‘Mencari Cinta’ Lakonan Rusdi Ramli & Nora Danish

Pornografi Rusdi Ramli & Nora Danish

Kerana Wang Pengarah Shirin Hj Khuzaimi Sanggup Masukkan Unsur Pornografi Dalam Filem ‘Mencari Cinta’ inilah kata-kata yang boleh kami gambarkan bila menonton trailer filem ini. Melalui  trailer berdurasi 1:32 filem Mencari Cinta, sebuah babak ranjang Nora Danish dan Rusdi Ramli dipertontonkan kepada umum.

Mencari Cinta, adalah filem arahan Shirin Hj Khuzaimi. Mengisahkan Myra (Nora Danish) yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi terpaksa dibatalkan apabila teman lelakinya itu terkantol mempunyai teman wanita yang lain.

Bagi menutup malu, ibu bapanya terpaksa mengahwinkan Myra dengan seorang jejaka kampung, Razlan Ariffin (Rusdi Ramli) kerana segala persiapan kahwin telah siap dan kad jemputan pun sudah diedarkan. Razlan juga mempunyai kisah cinta yang gelap. Mila (Fauziah Gous) telah membatalkan tali pertunangan mereka kerana dia ingin melanjutkan pelajaran.

Bagaimanakah Myra & Razlan dipertemukan?

Semuanya bermula apabila bapa Myra, Tan Sri Johan meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya, juga ibu kepada Razlan. Menyedari kedua-duanya mempunyai sejarah hitam, Tan Sri Johan bersetuju untuk mengahwinkan Myra dengan Razlan.

Idea Tan Sri Johan mendapat tentangan daripada Myra kerana dia memandang jelik terhadap Razlan yang dibesarkan dengan cara kampung. Padanya, lelaki itu tak sama taraf dengannya yang selama ini dibesarkan dengan cara bandar.

Jodoh pertemuan itu di tangan tuhan. Akhirnya Myra tetap berkahwin dengan Razlan. Pelbagai cabaran terpaksa dihadapi oleh Razlan bagi menjinakkan isterinya.

Daripada benci, bertukar menjadi cinta. Bagaimanapun, sebuah konflik berlaku apabila Razlan bertemu semula dengan bekas tunangnya, Mila, dan Myra ditagih semula cintanya oleh bekas kekasih, Malek.

Apakah yang akan jadi kepada mereka? Filem ini akan menemui anda pada 25 April 2013.

Comments

  1. cerita macam ni punya bala pun boleh diluluskan LPF…hoii aku harap cerita ni diharamkan..merosakkan akhlak dan lebih menggalakkan maksiat

  2. mencari cinta ke mencari dosa?

  3. cleopatra says:

    sbb tu mls tengok cite melayu… camni la.. x sesuai…
    org melayu wat cara org melayu… barat lain la citer

  4. no-namaz-san says:

    dah rase mcm tengok porn versi melayu plak =))
    kahkahkah

  5. kong kali says:

    best tu….. nora tu tengah gersang giler…..

  6. statement bodoh la si rusdi ni, ko bukan budak 10 th yang baru berlakon mengikut skrip dan bergantung kepada pengarah jer, tu la sekolah tak tinggi jadi cam gini la, main ikut jer kehendak pengarah yang tak berilmu

  7. time ombak rindu pn lebih krg je. tpi knpa x naik isu. bias org melayu ni. bkn nk kta aku suka pelakon ni x suka pelakon tu, x. semua aku suka. n semua yg tu mmg salah. tpi x bangkit pn. eh xpaham tol,

  8. greg rinyib says:

    truk nyer….mula2 berlakon…lepas tu,habis di lokasi,sambung balik buat sex tu..lelaki perempuan mana boleh tahan nafsu kalau sudah bersentuhan..tipu lah..gersang lah tu

  9. Astaghfirullah …

Trackbacks

  1. […] ARTIKEL : Video Unsur Pornografi Dalam Filem ‘Mencari Cinta’ Lakonan Rusdi Ramli & Nora Danish […]

  2. […] ARTIKEL : Unsur Pornografi Dalam Filem ‘Mencari Cinta’ Lakonan Rusdi Ramli & Nora Danish […]

Speak Your Mind

*