Perkahwinan Apek & Leuniey Dapat Tajaan Lebih RM300 Ribu

Khairul Fahmi

Majlis perkahwinan penjaga gawang kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dengan kekasihnya Nur Eilunie Natasha Nazri (Leuniey) telah menerima tajaan daripada pelbagai pihak yang kini dianggarkan mencecah lebih dari RM300 ribu.

Tambah Apek lagi, jumlah tersebut mungkin akan meningkat kerana ada beberapa pihak penaja yang masih belum memberi kata putus.

Apek semalam dalam satu sidang media telah mengumumkan tarikh perkahwinannya iaitu pada 28 Disember depan yang bakal dilangsungkan di kediaman bakal isterinya Leuniey, di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada pukul 9 pagi.

“InsyaAllah, saya akan bernikah pada 28 Disember depan dan tiga majlis resepsi bakal diadakan untuk perkahwinan saya ini.

Dua majlis di Kelantan dan sebuah majlis lagi akan diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara,” katanya pada sidang media yang diadakan di tempat yang sama dia bakal disandingkan nanti.

Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan pada 30 Disember berkonsepkan “Melayu Kontemporari”, manakala sebelah lelaki pula akan dilaksanakan di kediaman Apek iaitu di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan dengan bertemakan “ala-kampung”.

Sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 dengan memilih konsep English Style.

Apek yang datang tanpa ditemani Leuniey ditanya apakah perkahwinan ini akan memadamkan segala kontroversi yang pernah melandanya sehingga dia digelar selebriti bola sepak yang cukup ‘panas’,

Apek berkata, dia tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan, tetapi apa yang pasti dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan berani berdepan dengan apa jua cabaran yang menanti.

Apek dan Leuniey mula menjalin cinta selepas mereka berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam satu iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’.

Speak Your Mind

*