Berbadan Kecil, Penyertaan Elfira Loy Dalam Fear Factor Malaysia Dipertikai

 

Elfira Loy Dalam Fear Factor Malaysia Dipertikai

Pertikaian yang tercetus langsung tidak membabitkan popularitinya kerana ternyata pemilik nama Nurul Elfira Loy itu sudah dikenali, dan tidak keterlaluan menyifatkan pembabitan gadis itu mampu menarik kelompok penonton remaja yang menjadi pengikut setianya selama ini.

Komentar mengatakan dia tidak layak, bersifat peribadi ekoran saiz tubuh gadis cantik itu yang genit sehingga kemampuannya diperlekehkan tanpa dia diberi peluang beradu nasib.

“Saya sedar ramai yang terkejut apabila saya terpilih menjadi salah seorang selebriti yang menyertai pertandingan Fear Factor Malaysia. Pendapat mereka itu sebenarnya tidak membuatkan saya ‘down’, akan tetapi ia melonjakkan lagi keinginan saya untuk mencuba.

“Berdasarkan pengamatan saya menerusi siri Fear Factor sebelum ini, saya tahu cabaran yang harus ditempuhi peserta tidak mudah. Tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang, tetapi sekurang-kurangnya saya mencuba. Paling tinggi sasaran saya hanya mahu ke peringkat final.

“Mungkin orang nampak saya begini (kecil) dan lembut, tetapi saya sebenarnya seorang yang gemarkan aktiviti lasak dan mampu mencabar diri,” katanya.

Bakal bergandingan dengan Ajak daripada kumpulan Shiro (Raja Lawak) sebagai sebuah pasukan, duta produk kecantikan Maybelline itu turut ditanya apakah pembabitannya menerusi program berkenaan sebagai melangsaikan komitmen dengan Astro lantaran dia dilantik sebagai Wajah Eksklusif Astro.

“Sewaktu saya ditawarkan menyertai pertandingan ini oleh pihak Astro, tanpa berfikir panjang saya terus bersetuju kerana saya mahu mencuba. Saya tidak pernah tahu bahawa pembabitan saya menerusi program ini boleh mengurangkan baki ‘jam’ atau komitmen saya dengan Astro sebagaimana tertera dalam kontrak Wajah Eksklusif Astro.

“Untung untuk saya sebenarnya apabila dimaklumkan pembabitan ini diambil kira sebagai tempoh waktu bekerja dengan Astro. Sambil-sambil saya ingin melakukan perkara yang saya suka, saya juga bekerja,” katanya.

Mengenai pemilihan Ajak atau nama sebenarnya Mohammad Hanaffi Razak, 26, sebagai pasangan, Elfira berkata, mereka saling mengenali memandangkan sama-sama menaungi Astro.

“Semasa saya mendapat tawaran Fear Factor Malaysia, hanya dua peserta saja yang saya tahu ketika itu iaitu abang Ajak dan Jehan Miskin. Memandangkan saya dan abang Ajak saling kenal serta sama-sama menaungi Astro, jadi saya mengajak dia untuk menjadi rakan sepasukan,” katanya.

Berbicara soal cabaran bakal ditempuhi antara satu lagi tarikan yang membuatkan si manis berusia 19 tahun yang melonjak menerusi drama bersiri Qalesya ini menyatakan persetujuannya.

Ujar Elfira, dia tidak begitu takut pada binatang walaupun ada beberapa jenis tidak disukainya. Namun paling meloyakan ketika menonton siri Fear Factor yang mempunyai francais di merata dunia adalah cabaran memakan makanan berupa organ haiwan dan binatang buas.

“Apa yang menyeronokkan mengenai Fear Factor Malaysia, peserta tidak akan berdepan dengan cabaran yang memerlukan kami makan makanan eksotik boleh membawa kesan kepada tubuh badan.

 

Speak Your Mind

*