“Saya & Uqasha Sudah Bertunang Pada Awal Bulan Ini” – Pekin Ibrahim

Pekin Uqasha Bertunang

“Status apa pula ni? Putus? Tak lah. Semuanya okay saja. Kami tak ada apa-apa masalah. Saya baru jer jumpa dia (Uqasha). Hari ni (semalam) pun saya akan jumpa dia lagi, kami shooting sama-sama di Ulu Langat”, itu reaksi Pekin Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai dakwaan hubunngan cintanya dengan pelakon Uqasha Senrose sudah berakhir.

Semuanya gara-gara status terbaru Uqasha di Instagram semalam yang mana mengundang tanda tanya di kalangan para peminat.

Menerusi laman sosialnya aktres itu berkongsi sekeping puisi dengan tajuk Letting Him Go dan ini membuatkan para peminat berspekulasi mengatakan mereka sudah putus cinta.

Pekin yang dihubungi turut berkata dia berasa terkejut dan hairan kerana seharian dia menerima panggilan dari banyak pihak yang turut bertanyakan tentang sejauh mana kebenaran dia dan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu sudah berpisah.

“Memang kebelakangan ni status dia nampak sedih sebab dia mengadu terlalu penat shooting disebabkan jadual pengambaran yang padat.

“Sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun. Mungkin juga untuk Ashraf Muslim. Iyalah sebab seperti mana kita semua maklum nama Ashraf panas dengan isunya baru-baru ni, kan. Jadi dia (Uqasha) saja lah letak sajak tu. Orang mungkin dah tersalah anggap dan mereka berfikir kami sudah berpisah. Padahal hubungan kami baik-baik saja.

Tambah pelakon Bunohan ini lagi, ada kemungkinan juga ramai menyangka hubungan dia dan Uqasha bermasalah memandangkan ada beberapa keping gambar mereka berdua yang telah di padamkan dari laman Instagram.

“Mungkin juga orang ingat kami dah putus sebab kami ada delete gambar di Instagram sebab gambar tu menunjukkan seperti suasana merisik”, katanya.

Alang-alang tuan punya badan sudah menyebut tentang merisik, Pekin diajak berkongsi tentang berita gembira tersebut. Ringkas dia berkata,

“Ya, saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini”, ujarnya yang enggan bercerita lanjut mengenai pertunangannya itu.

Speak Your Mind

*