Patung Seks Justin Bieber Untuk Gay

 

Justin Bieber Patung Seks

Sebuah syarikat pengeluar mainan khususnya mainan untuk orang dewasa di Amerika, Pipedream Products telah mengeluarkan patung seks mirip bintang Pop, Justin Bieber. Khabarnya patung itu dikeluarkan secara tidak rasmi.

Syarikat tersebut menamakan produknya itu dengan nama ‘Just-in Beaver’ dan berdasarkan kotaknya, patung itu dipercayai istimewa untuk kaum gay. Patung seks itu dijual dengan harga RM80 (£20).

Selain Justin Bieber, perusahaan itu sebelum ini pernah mengeluarkan model patung seks mirip figura popular seperti Christina Aguilera, Kim Kardashian, Katy Perry dan Miley Cyrus. Khabarnya patung-patung berkenaan laris di pasaran.

Sementara itu, Justin Bieber dan syarikatnya, Bieber Time Merchandise juga ada mengeluarkan patung sendiri yang berbeza dengan Pipedream Products. Patung berkenaan sesuai untuk semua peringkat umur dan menariknya, patung itu boleh menyanyikan lagu Baby.

 

Speak Your Mind

*