Keputusan parti manakah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara belum pun lagi diumumkan. Rakyat Malaysia masih ada enam hari lagi sebelum tiba hari membuat pilihan, pada Ahad ini. Namun, bak kata seorang teman, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan negara.
Melalui akaun Twitter beliau hari ini, Norman KRU menulis yang masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan akan musnah jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dibenarkan memerintah. Luahan Norman itu mendapat pelbagai reaksi serta mendapat kritikan pedas rata-rata peminat dan rakan artis yang menyifatkan pengarah urusan KRU Studios itu mahu 'mengampu' pihak kerajaan, tapi tak kena caranya.
Disebabkan bosan dengan sikap pelakon Puteri Sarah Liyana yang dikatakan sering memburukkan namanya di media serta krew-krew produksi lain, pelakon dan model Ammar Alfian Aziz mendedahkan yang bekas kekasihnya itu kini sebenarnya sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof.
Bercakap kepada sebuah portal, Ammar berkata, dia berasa pelik kenapa bekas kekasihnya itu, merahsiakan hubungan tersebut selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu.
Walaupun sedang hamil tiga bulan, pelakon Anne Ngasri tetap menemani suaminya, Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Setiap hari Jumaat hingga Ahad Anne dan suaminya akan ke Pontian, Johor untuk membantu calon di kawasan tersebut memperkukuhkan kempen bagi kemenangan Barisan Nasional (BN).
Nampaknya dalam ramai-ramai selebriti tempatan yang ada di Malaysia ini, boleh dikatakan Azhar Sulaiman adalah satu-satunya selebriti yang paling berani bersuara dikala kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sedang berjalan.
Melalui sebuah video berdurasi 2.27 minit yang dimuat-naik ke akaun Facebook-nya, Azhar telah memberikan beberapa kenyataan yang kami kira telah menyinggung perasaan para penyokong Pakatan Rakyat (PR). Ini dapat dilihat menerusi beberapa komen yang dihantar kepada video Azhar Sulaiman di laman Facebook.
Dramatis popular, Rita Rudaini tidak berpuas hati dengan sebuah syarikat produksi baru yang didakwanya sebagai tidak profesional ketika melakukan penggambaran. Disebabkan itu Rita membuat keputusan berhenti serta merta daripada terus berlakon dengan produksi tersebut.
Pun begitu menurut Rita, dia sempat menjalani penggambaran selama empat hari daripada keseluruhan penggambaran yang mengambil masa sehingga Julai depan dalam drama 40 episod itu. Hal tersebut membuatkan syarikat itu mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi terhadap Rita yang menarik diri sebelum penggambaran tamat.














