Kalau anda pengikut tegar dunia media sosial Malaysia, pasti akan terlintas dengan fenomena lagu Gwiyomi (Kwiyomi Song) yang sudah di’lakukan oleh ratusan orang di internet.
Selebriti tempatan juga tidak mahu melepaskan peluang turut serta dalam fenomena comel ini walaupun tidak ramai sebenarnya yang berjaya melakukan’nya selaras dengan maksud lagu tersebut.
Ketika diminta mengulas tentang status hubungan mereka sekarang ini, Qi dan Nelydia menyatakan bahawa mereka kini masih belum menjalinkan hubungan percintaan, sebaliknya hanya rapat sebagai seorang teman.
Menurut Qi, sebelum ini dia atau Nelydia tidak pernah membuat kenyataan yang mereka kini sedang bercinta. Bagaimanapun, mereka juga tidak menyembunyikan hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
Mungkin ramai tidak tahu, penyampai radio Hot FM, Ikhwan sudahpun bertunang. Difahamkan, Ikhwan yang juga pengacara program Galaksi di TV9 sudah pun bertunang dengan gadis pilihannya, Natasya Nadya pada 6 April lalu.
Majlis pertunangan tersebut telah diadakan secara kecil-kecilan di rumah Natasya yang terletak di Klang tanpa mengundang pihak media. Dalam erti kata lain, majlis tersebut hanya didatangi saudara terdekat dari kedua belah pihak saja.
Dulu demam ‘Gangnam Style’, lepas itu ‘Harlem Shake’, tiba-tiba sekarang demam ‘Gwiyomi’ pula. Habis semua orang mahu merakamkan aksi mereka ber’gwiyomi’ di internet. Ada yang memasukkan ke laman Youtube, tak kurang juga pada mereka yang memuatnaik ke akaun Keek masing-masing.
Dan biasalah, pastinya selebriti juga akan turut terikut dengan fenomena-fenomena ini. Terbaru, Wawa Zainal telah memuatnaik video Gwiyomi ke akaun keek-nya.
Seronok melihat hubungan baik kedua-dua selebriti ini, Nora Danish dan Fasha Sandha. Semua maklum, Fasha kini sedang dalam berpantang. Jadi, Nora pun tak ketinggalan meluangkan masa melawat Fasha dan anaknya yang diberi nama, Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram.
Awal malam tadi, Nora menerusi laman Instagramnya berkongsi sekeping gambar - dia bersama anak lelaki kesayanganya Rayqal, menziarahi dua beranak itu. Rayqal pun seronok dapat adik baru. 'Congrats Jejai & Fasha on the new born Rayfal. Such an adorable baby' tulis Nora Danish mengiringi gambar yang sama adorable di’mata kami.
Menyedari selama mana dia akan beraksi sebagai pelakon, Bintang Paling Popular ABPBH'12, Shaheizy Sam memulakan kerjaya baru dengan membuka sebuah kafe sebagai langkah persediaan masa depannya.
Diberi nama Best Time Family Cafe & Grill, kafe di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras itu dibuka berdasarkan minat pelakon itu sendiri terhadap bidang perniagaan.













