LIMAUAIS Portal Selebriti, Dunia Hiburan & Gaya Hidup Terkini



29Apr/132

“Puteri Sarah & Syamsul Yusof Bercinta” – Ammar Alfian

Puteri Sarah & Syamsul Yusof

Disebabkan bosan dengan sikap pelakon Puteri Sarah Liyana yang dikatakan sering memburukkan namanya di media serta krew-krew produksi lain, pelakon dan model Ammar Alfian Aziz mendedahkan yang bekas kekasihnya itu kini sebenarnya sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof.

Bercakap kepada sebuah portal, Ammar berkata, dia berasa pelik kenapa bekas kekasihnya itu, merahsiakan hubungan tersebut selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu.

29Apr/138

Perbodohkan Diri Sendiri, Zain Saidin Terkeluar Dari MasterChef Selebriti

MasterChef Selebriti Malaysia

Episod terbaru persaingan MasterChef Selebriti Malaysia yang ke udara malam Ahad semalam menerima reaksi rancak dari para peminat gara gara perangai yang di’tunjukkan oleh Zain Saidin.

Mungkin anda pernah terdengar cerita yang mengatakan Zain Saidin suka tunjuk perangai di set MasterChef Selebriti Malaysia namun ramai yang menganggap kisah itu sebagai teknik melariskan program.

27Apr/130

Tahniah ! Anne Ngasri Hamil Namun Tak Halang Temani Suami Berkempen

anne ngasri berkempen

Walaupun sedang hamil tiga bulan, pelakon Anne Ngasri tetap menemani suaminya, Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda Umno, Mohd Sumali Reduan untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Setiap hari Jumaat hingga Ahad Anne dan suaminya akan ke Pontian, Johor untuk membantu calon di kawasan tersebut memperkukuhkan kempen bagi kemenangan Barisan Nasional (BN).

26Apr/135

Video Azhar Sulaiman Perli Pakatan Rakyat & Buat ‘Gwiyomi’ Yang Annoying

Azhar Sulaiman

Nampaknya dalam ramai-ramai selebriti tempatan yang ada di Malaysia ini, boleh dikatakan Azhar Sulaiman adalah satu-satunya selebriti yang paling berani bersuara dikala kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sedang berjalan.

Melalui sebuah video berdurasi 2.27 minit yang dimuat-naik ke akaun Facebook-nya, Azhar telah memberikan beberapa kenyataan yang kami kira telah menyinggung perasaan para penyokong Pakatan Rakyat (PR). Ini dapat dilihat menerusi beberapa komen yang dihantar kepada video Azhar Sulaiman di laman Facebook.

26Apr/130

Foto Fouziah Gous Bersama Kekasih, Sahkan Akan Kahwin Tahun Ini (6 Gambar)

Kekasih Fouziah Gous

Selepas sekian lama dihimpit gosip bercinta dengan lelaki bergelar Datuk Seri, akhirnya khabar terbaru dari mulut tuan empunya diri sendiri, mengesahkan yang dia bakal berkahwin. Tetapi bukan dengan individu berstatus VIP itu, sebaliknya dengan seorang ahli perniagaan muda.

Fouziah Gous mendedahkan status sebenar diri beliau yang kini bergelar kekasih kepada seseorang dan bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

26Apr/130

Produksi Ugut Rita Rudaini Bayar Ganti Rugi Hampir RM100,000

Rita Rudaini

Dramatis popular, Rita Rudaini tidak berpuas hati dengan sebuah syarikat produksi baru yang didakwanya sebagai tidak profesional ketika melakukan penggambaran. Disebabkan itu Rita membuat keputusan berhenti serta merta daripada terus berlakon dengan produksi tersebut.

Pun begitu menurut Rita, dia sempat menjalani penggambaran selama empat hari daripada keseluruhan penggambaran yang mengambil masa sehingga Julai depan dalam drama 40 episod itu. Hal tersebut membuatkan syarikat itu mengeluarkan surat tuntutan ganti rugi terhadap Rita yang  menarik diri sebelum penggambaran tamat.

25Apr/130

Memey Suhaiza Buat Keputusan Akan Terus Kekal Berhijab Penuh

Abby Abadi Memey Suhaiza Bertudung

Beberapa hari selepas percubaannya tampil dengan imej berhijab, pelakon Memey Suhaiza telah pun membut keputusan akan terus kekal bertudung. Lebih-lebih lagi hasratnya itu disambut baik oleh suaminya, Norman Hakim.

Menerusi sebuah portal hiburan, Memey memberitahu keputusan yag dibuat bukan kerana desakan sesiapa, tetapi datang dari hatinya sendiri.