LIMAUAIS Portal Selebriti, Dunia Hiburan & Gaya Hidup Terkini



24May/132

Isu Video Terlampau : “Sakinah Tak Bogel, Masyarakat Dah Salah Sangka” – Anzalna

Anzalna Nasir

Satu Malaysia sudah tahu mengenai isu video pelakon Sharifah Sakinah dengan rakaman dirinya sendiri dalam keadaan berkata-kata yang kurang sopan hingga mengundang kebencian ramai, tak kurang dia teruk dihentam peminat. Apapun, pelakon drama Bunga Merah Punya itu sudah pun membuat kenyataan bahwa tindakannya itu sekadar gurauan.

Tetapi bukan saja nama Sharifah Sakinah yang menjadi bualan hangat ramai, malah nama Anzalna  juga terheret sama kerana Sakinah telah memuat naik video panasnya itu menerusi akaun Keek milik pelakon itu.

23May/130

Erin Malek Kini Matang, Mahu Lari Dari Dilabel Budak-Budak (8 Gambar)

Erin Malek Matang

Dia mula meminati dunia lakonan sejak di usia kanak-kanak. Tuah datang, filem seperti Bilut dan Tentang Bulan telah membuka pintu buat Erin Malek memenuhi impiannya bergelar pelakon. Sejak itu dia terus terjebak dalam dunia lakonan TV mahupun layar perak.

Cuma sekitar tiga tahun lalu, gadis 19 tahun ini memperlahankan rentak kerjayanya kerana mahu memberikan tumpuan pada pelajaran dan peperiksaan besar, Sijil Pelajaran Malaysia, SPM. Erin meluahkan dia sebolehnya tidak mahu lagi ditawarkan peranan sebagai watak kanak-kanak.

23May/130

Isu Rumah Tangga : “Macam Mana Nak Hidup Bahagia?” – Erra Fazira

Erra Fazira

Walaupun sudah banyak kali memberi penjelasan mengenai gosip rumah tangganya, namun pelakon cantik Erra Fazira masih tidak henti-henti dari terus diasak dengan isu yang sama.

Malah, gara-gara memberi jawapan yang agak tergantung serta meninggalkan pelbagai tanda tanya pada semua, ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan membuat spekulasi sendiri mengenai kemelut rumah tangganya itu.

22May/130

Gambar Leuniey Natasha, Isteri Khairul Fahmi Kini Bertudung (4 Gambar)

Leuniey Bertudung

Dalam tak sedar, sudah hampir 5 bulan pasangan ini melangsungkan perkahwinan. Dan pada bulan Mac yang lepas, para peminat telah dikhabarkan dengan berita mengatakan Leuniey sudah pun mengandungkan anak Khairul Fahmi Che Mat.

Tidak dapat dipastikan samada benar atau tidak khabar angin tersebut, namun selepas melihat akaun Instagram Leuniey baru-baru ini, isteri kepada penjaga gol kebangsaan itu dipercayai sudah berhijrah.

Menerusi laman Instagramnya, Leuniey dilihat selesa dan tidak kekok memakai tudung. Dia yang berusia 22 tahun ini juga kelihatan lebih cantik dan menawan dengan tudung yang dipakainya.

Filed under: Gambar No Comments
22May/139

“Saya Rela Mati Dari Hidup Disumpah Ibu Kandung Sendiri” – Afiq Muiz

Afiq Muiz  Gedebe

Nampak gaya Afiq Muiz semakin berani mencabar ibunya sendiri dan semakin lantang berkata-kata. Melalui Twitter beliau petang semalam, pelakon muda itu seakan mengiyakan dakwaan yang beliau membuang ibu kandung sendiri selepas menulis yang dia lebih rela mati dari hidup sebegini.

“Saya rela mati dari hidup disumpah ibu kandung sendiri. Terima kasih kerana menjatuhkan anak kandung sendiri dan menfitnah dan menghina hamba Allah,” tulis Afiq Muiz.

22May/135

“Eina Rasa, Mak Afiq Muiz Kurang Siuman Kot” – Eina Azman

eina azman  afiq muiz

Pelakon Eina Azman akan meneruskan niatnya untuk menyaman ibu kepada Afiq Muiz, Hasliza Mohamad kerana kegagalan wanita itu membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan melibatkan dirinya dalam kontroversi yang melanda dua beranak itu.

“Eina tak tahu nak cakap. Kalau Eina cakap, nanti orang kata Eina kurang ajar pula. Tapi Eina rasa, mak Afiq kurang siuman kot. Orang dah bagi notis tujuh hari pun, dia masih tidak takut... sedangkan dia tak ada bukti. Dia masih nak lawan. 

22May/130

Tiada Keserasian, Cinta Fizo Omar & Haas Putus di Tengah Jalan

Fizo Omar

Pelakon kacak Fizo Omar mengaku kini sudah putus cinta selepas hanya sempat berkasih selama dua bulan dengan gadis bernama Haas.

“Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas & hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja,” tuturnya.