Biarkan segala kontroversi yang dilalui Khairul Fahmi aka Apex, 23, dan Leuniey Natasha, 21 sebelum ini menjadi kenangan. Sementelah sebentar tadi pasangan ini selamat mencipta detik terindah lagi bersejarah dalam hidup mereka.
Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib dengan bersaksikan Abd Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga belah pihak Leuniey serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min (pihak lelaki). Turut hadir adalah Timbalan Mufti Kelantan, Dato` Nik Abd Kadir.
Nampaknya penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) dan pasangannya, Nur Eluniey Natasha Nazri (Leuniey) terpaksa mencari jurunikah lain apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat memenuhi undangan majlis yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini.
Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari yang berkata keputusan tersebut terpaksa dibuat kerana beliau perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan yang berlangsung pada hari yang sama pasangan tersebut dinikahkan.
Sejak kebelakang ini, ramai di kalangan selebriti wanita termasuklah penyanyi dan pelakon yang mengambil langkah untuk melakukan hijrah ke arah yang lebih baik iaitu dengan mengenakan hijab dan mula menutup aurat mereka.
Niat yang sama turut disuarakan oleh pendatang baru dunia lakonan iaitu Wawa Zainal apabila menyatakan dia sememangnya telah memasang niat untuk menutup auratnya sama seperti kebanyakan wanita lain.
Jika tahun lalu, Ayu Raudhah dan suami Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak negara, dirundung kedukaan kerana insiden keguguran. Namun pada April depan, segala kedukaan itu akan berbalas dengan kelahiran anak sulung mereka.
Ayu yang kini hamil enam bulan turut mendedahkan, hasratnya untuk menimang anak lelaki akan terlaksana dan dia amat teruja dan berdebar menanti kelahiran putera mereka.
Meskipun ikatan perkahwinan pelakon Nora Danish dan Rizal Ashram aka Jejai sudah lama berakhir namun hubungan Nora dengan bekas keluarga mentuanya masih baik. Senang kata, Nora masih dianggap sebagai menantu kesayangan keluarga bekas suaminya itu.










