12 Gambar Konsert Temptation Reloaded Shah Rukh Khan Live In Malaysia

Gambar Konsert Temptation Reloaded Shah Rukh Khan 12

Konsert Temptation Reloaded Datuk Shah Rukh Khan & Friends yang berlangsung semalam Di Stadium Merdeka semalam membuktikan populariti bintang Bollywood Datuk Shah Rukh Khan (SRK) masih lagi bergemerlapan terang.

Walau masih belum pulih sepenuhnyya daripada kecederaan kaki, bahu dan kepala yang dialaminya semasa menjalankan penggambaran, SRK tetap berjaya memberikan persembahan yang baik dan sekaligus mengubat kerinduan peminat Bollywood di Malaysia terhadapnya.

Video : Akan Datang atau boleh cari di YouTube…

Rozita Che Wan Akui Dia Tak Sanggup Dimadukan Oleh Zain Saidin (8 Gambar)

Rozita dan Zain

Pelakon Rozita Che Wan mengakui dia tidak sanggup menerima kenyataan sekiranya dimadukan seperti yang dilalui segelintir wanita.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 41, bagaimanapun berkata, dia yakin suaminya, Zain Saidin, 30, seorang lelaki baik yang tidak mungkin terniat untuk berbuat demikian terhadapnya. [Read more...]

Johan As’ari Kini Serius Mencari Calon Isteri

Johan Asari

Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang sudah tahu tentang kontroversi sering ditimbulkan pelakon lelaki ini terutamanya isu cinta dah kahwin dengan beberapa artis wanita.

Baru-baru ini, hubungan cintanya dengan aktres Lana Nordin menjadi bualan ramai apabila Johan As’ari mengumumkan tidak akan menikahi Lana biarpun baru sahaja mengeluarkan kenyataan tentang hubungan cinta mereka kepada umum. Tindakan Johan dikatakan kerana tidak mendapat restu dari keluarganya.  [Read more...]

20 Gambar Selebriti Di Karpet Merah Anugerah MeleTop Era 2013

Anugerah MeleTop Era

Anugerah MeleTop Era (AME) buat pertama kalinya berlangsung dari Stadium Putra Bukit Jalil malam ini. Seperti biasa, setiap kali anugerah tak sah kalau tak ada acara karpet merah.

Bertemakan Janji MeleTop, para selebriti terkenal tanah air menggayakan busana masing-masing di acara karpet merah. Anugerah MeleTOP Era memberi kuasa sepenuhnya kepada orang ramai untuk menentukan pemenang bagi setiap 17 buah kategori yang telah dipertandingkan.

Kategori-kategori tersebut merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem, dunia siber dan juga serantau. Berikut merupakan gambar para selebriti tempatan kita yang bergaya di karpet merah (karpet MeleTOP).

Neelofa MeleTOP

Gambar : RotiKaya

Lana Nordin Bakal Tunai Umrah, Nafi Punca Perpisahan Penyanyi Adira & Shahrul

Lana Nordin dan  Adira

“Dalam banyak-banyak artis, kenapa nama saya yang dikaitkan? Saya tak ada kena-mengena dengan perpisahan mereka kerana saya tak kenal pun lelaki yang dimaksudkan,” tegas pelakon kontroversi, Lana Nordin menepis dakwaan kononnya dia sebagai punca penyanyi Adira putus cinta dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin.

Baru-baru ini, timbul gosip mendakwa pasangan ini telah putus cinta. Perkara ini diperkuatkan lagi apabila Adira bertindak memadam gambar-gambar Shahrul di laman akaun Instagram miliknya. [Read more...]

Khairul Fahmi Kecewa Peminat Salahkan Anak Sulungnya Tidak Bawa Tuah

Khairul Fahmi dan anaknya Seperti yang diketahui umum, baru-baru ini, pasangan sensasi Khairul Fahmi dan Leuniey baru saja menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Kayla Elayna.

Namun semalam, pasangan ini telah melahirkan rasa terkilan terhadap sikap individu yang menyalahkan kelahiran anak sulung mereka sebagai penyebab kekalahan pasukan Kelantan baru-baru ini. [Read more...]

13 Gambar Majlis Resepsi Linda Onn & Ungku Azhar Oleh REDphotography

Gambar Majlis Resepsi Linda Onn & Ungku Azhar

Ramai yang sudah mengetahui bahawa penyampai radio popular Linda Onn telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang kerabat di raja Johor iaitu Ungu Azhar.

Untuk pengetahuan semua, sebuah majlis resepsi perkahwinan Linda Onn dan Ungku Azhar telah diadakan dengan penuh kesederhanaan, pada hujung minggu lalu. [Read more...]