LIMAUAIS Portal Selebriti, Dunia Hiburan & Gaya Hidup Terkini



8Mar/130

“10 Minit Je Masa Kami Bersama Setiap Hari” – Scha Alyahya

Scha Alyahya dan Awal Ashaari

“10 minit je masa yang dapat kami luangkan bersama setiap hari.”

Itulah antara kenyataan pelakon filem Awan Dania The Movie, Scha Al-Yahya apabila ditanya mengenai dirinya selepas berkahwin. Dia yang telah mendirikan rumahtangga bersama selebriti, Awal Ashaari turut mendedahkan bahawa kedua mereka masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.

8Mar/130

Remy Ishak & Maya Karin Semakin Intim, Tidak Tolak Jika Dijodohkan

Remy Ishak Maya Karin

"Ya, saya bercuti di hutan simpan Imbak Cayon dengan Maya. Sebenarnya kami ke sana atas jemputan oleh pihak Yayasan Sabah selama empat hari. Dua hari kami di Imbak Cayon, dua hari lagi kami di Gunung Kuli. Kami ke sana dengan Dr. Rahim Mat Shah yang merupakan kenalan Maya dan diiringi sekumpulan pengkaji ekologi. Seronok sepanjang berada di sana sebab kami juga didedahkan dengan pengetahuan mengenai alam semulajadi dan ekologi", kata Remy Ishak ketika ditemui selepas sesi pratonton drama bersiri terbaru TV9 berjudul Cinta Jangan Pergi.

Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, 31, diminta mengulas mengenai gambar percutiannya bersama aktres jelita, Maya Karin yang dimuat turun ke Instagramnya, baru-baru ini. Gambar-gambar tersebut mengukuhkan lagi gosip yang telah berlegar sejak tahun lepas, mendakwa kedua-dua pelakon mempunyai hubungan intim.

5Mar/133

“Rozita Che Wan Masih Cantik Dan Masih Bergetah” – Zain Saidin (6 Gambar)

Rozita Che Wan Menggoda Zain Saidin

“Saya selalu melihat Rozita bakal menjadi seperti ibunya. Walaupun sudah berusia, masih cantik dan bergetah,” kata pelakon kacak, Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, atau lebih mesra disapa Zain Saidin mengenai faktor penarik yang ada pada aktres jelita, Rozita Che Wan, 42, hingga memilih wanita berstatus janda itu sebagai teman hidupnya.

Bagi Zain, jarak usia 13 tahun di antara mereka tidak menjadi masalah kerana Rozita atau Che Ta memiliki ciri-ciri wanita idamannya untuk dijadikan isteri.

5Mar/1319

‘Ustazah Jadian’ Abby Abadi Boleh Pesongkan Akidah – Zed Zaidi

Zed Zaidi Abby Abadi

Bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dilabelkan sebagai 'Ustazah Jadian' dan mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati selebriti yang kini menjadi penceramah Pas agar muhasabah diri sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

5Mar/130

Nur Fathia Latiff Tepis Tuduhan Rampas Kekasih Marsha

Nur Fathia Latif

Kisah artis bergaduh sesama artis bukanlah perkara baru. Sungguhpun ramai artis sendiri menyedari yang industri hiburan tanah air ni kecil saja namun perkara itu masih lagi berlaku. Terbaru pelakon cantik Fathia Latiff dikatakan bermasam muka dengan penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh. Malah ada dakwaan mengatakan dia dan Marsha bergaduh gara-gara berebut teman lelaki. Benarkah?

Bertemu dengan pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff ini kelmarin, kami mendapatkan kepastian sejauh mana kebenaran dakwaan dia kononnya memikat teman lelaki penyanyi seksi itu juga hubungannya kini dengan Marsha.

5Mar/130

Ana Dahlia Kini Tenang Selepas Penceraian, Sudah Memaafkan Chef Riz

Ana Dahlia Chef Riz

Hanya sempat melayari alam rumah tangga selama 11 bulan bersama Mohd. Nadzri Redzuawan atau Chef Riz dan kemudian berpisah, Ana tanpa berselindung mengaku dia sangat tertekan dengan kejadian yang menimpa dirinya.

"Saya memang rasa sangat lemah serta tidak ada semangat mahu pergi bekerja atau berjumpa dengan sesiapa.

5Mar/130

Aeril Zafrel Tak Ada Otak, Banyak Rahsia Dia Kami Simpan – David Teo

Aeril Zafrel david teo

Ekoran kenyataan pelakon muda, Aeril Zafrel baru-baru ini yang merasakan dirinya diaibkan dengan pelbagai tohmahan dan ‘cakap-cakap belakang’ segelintir staf MIG, penerbit David Teo tampil memberi kenyataan balas.

David menganggap Ariel juga mana-mana bekas artis naungan Metrowealth International Group (MIG) yang mengutuk pengurusan syarikatnya disifatkan sebagai 'tidak ada otak'.