Pelakon kacak Fizo Omar mengaku kini sudah putus cinta selepas hanya sempat berkasih selama dua bulan dengan gadis bernama Haas.
“Ya, benar saya sudah putus cinta. Kami sudah putus sejak dua bulan lepas & hanya sempat bercinta selama dua bulan sahaja,” tuturnya.
Aktres putih gebu, Tiz Zaqyah tidak mahu bersikap hipokrit kepada diri sendiri dan juga kepada peminat-peminatnya. Kerana itu dia tidak lokek untuk berkongsi tentang perihal dirinya yang gemar bersosial bersama kekasih dan teman-teman di kelab malam.
Tiz juga tidak mahu menafikan dirinya gemar bersosial kerana dia tahu perbuatannya itu tidak boleh disorok dan sebab itu dia secara terang memuat naik gambar-gambarnya di kelab. Pun begitu, heroin ini menyeru agar tidak ada yang mengikuti perbuatan negatifnya yang gemar bersosial. Sebaliknya, ujar Tiz, ambil sahaja perkara positif daripada dirinya.
Menyedari akan reaksi negatif peminat dan orang ramai terhadap cerita Afiq Muiz apatah lagi seorang gadis dilihat seolah-olah seperti masuk campur dalam krisis yang melanda ibu dan anak tersebut, namun ibu kepada Eina Azman iaitu berkata Amy Roshaida memberitahu bahawa mereka punya alasan yang kukuh untuk terlibat sama di dalam isu tersebut.
Biarpun Eina Azman atau nama penuhnya Ainur Syakira Azman,18, telah diheret sama dalam perkara ini walaupun pada awalnya namanya tidak disebut tetapi sudah jelas bahawa dia seorang sahaja yang rapat dengan Afiq Muiz ketika ini. Memandangkan isu ini turut melibatkan soal maruah, maka Amy Roshaida berkata, dia terpaksa mempertahankan anaknya yang dituduh sebagai kaki kikis.
Setelah lebih kurang lima bulan menjalani rawatan akibat terlibat dalam kemalangan pada pertengahan Disember lalu, suami kepada penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Dato' Seri Khalid Mohd Jiwa kini telah pulih hampir sepenuhnya.
Melihat kepada perkembangan postif kesihatan suaminya itu, Siti Nurhaliza berkata dia dan Dato Seri Khalid Mohd Jiwa atau Dato' K telah merancang untuk pergi bercuti di dalam Malaysia.
Semalam bertempat di Menara Kuala Lumpur telah diadakan majlis pelancaran 'single' dan muzik video lagu 'Galau' dendangan penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza.
Melihatkan penampilannya menerusi muzik video tersebut, Dato' Siti Nurhaliza masih lagi dengan imej lamanya. Ditanyakan tidakkah nanti ia akan menimbulkan persoalan dikalangan peminat, jawab Siti.
Baru-baru ini, Uqasha Senrose dikhabarkan ingin meninggalkan produksi Metrowealth (MIG) gara-gara dilarang bercinta oleh majikannya itu.
Terbaru, menurut laporan Metro Ahad, Uqasha dituduh tidak berdisiplin oleh sebuah produksi apabila dia ingin pulang awal daripada rakaman memasukkan suara (dubbing). Kononnya dia mahu makan malam bersama keluarga tetapi sebenarnya mahu jumpa kekasih, Pekin Ibrahim.



















