12Jan/112
Malam tadi TV3 ada menyiarkan secara langsung rancangan Disebalik Juara Lagu 25 (AJL25) sebagai post mortem kepada Anugerah Juara Lagu (AJL25) yang mana kebanyakan dari rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan keputusan final AJL25 itu.
Lagu Tolong Ingatkan Aku oleh Ana Raffali dinobatkan sebagai juara AJL25. Dalam rancangan itu kita boleh dengar pendapat dari pelbagai pihak, baik dari ketua juri, M Nasir, wartawan, blogger hiburan, dan juga pemenang sendiri iaitu Ana Raffali.
12Jan/110
Maher Zain: Live in Concert
Sekali lagi Maher Zain datang ke Malaysia untuk Maher Zain Live in Concert. Konsert Maher Zain kali ini akan diadakan pada 25 dan 26 Februari 2011 di Stadium Melawati, Shah Alam.
Turut serta dalam konsert ini ialah Mesut Kurtis dari Macedonia, Irfan Makki dari Kanada dan In Team semestinya kumpulan nasyid dari Malaysia.
11Jan/117
Dato Siti Nurhaliza
Kami ingin ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dato Siti Nurhaliza yang menyambut hari jadinya pada 11 Januari. Dato Siti Nurhaliza lahir pada 11 Januari 1979, maka tahun ini genaplah usia nya 32 tahun. Masih mengekalkan awet muda dengan produk kecantikkan nya SimplySiti.
11Jan/110
Tahniah kami ucapkan kepada pemenang pertandingan video tiru gaya artis sempena Anugerah Juara Lagu AJL25 yang memang berjaya membuatkan kami pecah perut menahan gelak dengan aksi mereka yang memang lawak.










